Nak kurus cepat , makanlah telur hari hari !

by - Selasa, November 14, 2023

Ramai tanya aku, boleh ke nak kurus hanya makan telur ? Yelah.. diorang nampak aku selalu je posing ngan telur. Macam bangga je dapat jumpa telur ni. Kan kan ? Hee.. Kenapa telur ? Kenapa bukan sayur atau buah buahan ? Kenapa bukan makan ayam ? 

Dan jawapan aku  boleh jer kurus hanya makan telur . Takda masalah. Tapi janganlah HANYA makan telur. Banyak lagi makanan yang boleh buat kita kurus tapi kita kena tahu KENAPA TELUR ? Pertama sekali , kita tengok apa ada dalam telur ! 




Cara atau tips aku mudah jer.. Yang ni wife aku yang amalkan setiap pagi. Dia akan buat bekal telur rebus 3-4 biji. Dia akan makan sebijik dua ketika memandu. Maklumlah, nak redah kesesakkan lalu lintas di pagi hari , membosankan. Takkan nak mengunyah jajan lak kan ?  Maka makan je telur. Sama macam aku buat ketika memandu untuk jarak jauh. Bekalan aku, telur rebus. Aku tak nak makan dah makanan jajan seperti aku buat dulu. Teruk perut aku jadinya. 

Selain telur rebus ? Aku buat setengah masak atau aku goreng dengan minyak zaitun / minyak kelapa sawit. Dapat juga lemak baik. Penting tu... Buat sambal telur ke. Kari telur rebus ke. Eh.. pandai pandai la kreatifkan. Salad telur. Asalkan dijadikan makanan yang bukan di proses berkali kali. 

Mana lebih ok ? Telur biasa atau telur ayam kampung ? Kalau jumpa telur ayam kampung , aku ambik yang itu la. Tengok harga juga. Heee.. ada yang harganya berdarah hidung jika dibeli. Kalau mahal , tengok sizenya. Pengalaman aku dapat telur ayam bersaiz besar ni, dua biji serupa 4 biji dah. 



Tips nak bakar lemak yang aku amalkan sejak Jan 2023 iaitu lewatkan makan pagi. Selewat yang boleh. Dalam badan kita ni ada banyak 'tenaga simpanan' . Bila kita lapar dan kurang tenaga , masa ni la tenaga simpanan tu akan digunakan. Paling mudah cakap , buat Intermittent Fasting. Korang studi skit bab ni yer. 

Kalau nak lebih ok , kurangkan pengambilan karbohidrat. Macam aku seperti mana yang korang tau.. aku dah tak makan nasi putih sejak Januari 2023 hingga hari ni. Kalau korang tanya apa pasal ? Apa dosa nasi putih ? Hanya yang dah lalui macam aku saja akan tahu kenapa dan mengapa ! Dia punya rasa selesa dan nikmat tu lain macam... Paling ketara , aku tak rasa mengantuk dah di waktu tengahari terutama selepas makan tengahari. Jika memandu jarak jauh, aku tak perlu dah nak minum air penambah tenaga atau kopi bagai.. Aku bertenaga dan ceria jer.. Alhamdulillah.. 

Makan tengahari pula.. makan je la lauk pauk yang ada di depan mata. Abiskan dulu buah atau sayur. Kemudian protein seperti ayam atau ikan. Barulah amik karbohidrat jika masih lapar. Biasanya aku lepas makan fiber dan protein tu, aku kenyang dah. Kenyang yang tak memboroikan perut. Rasa selesa jer.



Oh ya.. berapa biji telur boleh makan dalam sehari ? Entah la.. aku dah makan telur ni sejak kanak kanak. Mak aku rajin buat telur setengah masak. Pastu sejak masuk gym, sehari tu boleh hampir 10 biji. Alhamdulillah.. panjang umur. 

Hurm.. Yang ni paling susah nak buat. Ramai nak kurus tapi dia gagal sekat nafsu terhadap MANIS. Ketagihan gula lebih tepat sekali ! Serius.. memang susah nak hilangkan ketagihan gula ni. Jika korang serius nak ubah , sebenarnya tak susah.. Sangat tak susah. Nak ngan tak nak jer. 

Camana ? 

Setiap pagi.. minum air halia ditambah dengan perahan jus lemon. Tak perlu nak campur madu atau gula tambahan untuk kasi sedap. Apasal nak kasi sedap ? Sekadar untuk rasa sedap di lidah jer pun. Mula mula je terasa susah. Pastu , ok dah sangat.. 

Sebelum makan , minum lagi air halia. Guna serbuk halia. Mudah. Macam aku buat. Aku bukanlah nak menjual kat sini tapi aku kasi tahu akan kebaikan dan manfaat halia ni berbanding jika guna bahan lain. 

Selepas makan , minum air halia lagi. Dan sebelum tidur , minum air halia suam panas. Nah.... dalam seminggu jika korang buat gini... jangankan gula, apa sapa yang minuman yang korang ketagih tu.. inshAllah dapat dah korang tolak tepi.. 

Itu je la tips aku untuk hari ni. Lebihkan telur dalam kehidupan. Jangan bertelur di dahi sudah la yer.. 


You May Also Like

0 comments