Hotel mana best di Cameron Highlands ?

by - Rabu, November 08, 2023

Dulu , kalau sebut nak bercuti ke Cameron Highlands , aku akan pengsan. Terbayangkan kesesakkan lalu lintas di situ walaupun sekadar nak bergerak 1km ke tempat menarik. Fuh... tengok Waze , menakutkan sungguh ! Dan aku juga pernah terlibat dalam kemalangan kecil di situ membuatkan aku serik naik ke sana dah.

Tapi dalam tak diam , aku sekeluarga naik juga ke sana. Kenapa ? Setiap kali aku menghirup udara segar di sini , aku melepaskan rindu aku pada Jepun ! Segar.. sangat nyaman. Dan sepanjang duduk sini, walaupun tak seperti 10-20 tahun dulu punya sejuk tapi ianya tetap memberikan ketenangan buat aku. Kecuali bila nak memandu la.

Bagi yang tak pernah lagi ke sini , berhati hati ketika naik turun terutama di selekoh kerana banyak kenderaan suka makan jalan. Kalau boleh , naik selepas jam 10 pagi atau turun selepas jam 12 tengahari. Elakkan dari kereta sibuk nak naik dan juga turun. Aku sendiri berkali selisih dengan kereta atau bas yang makan jalan di selekoh ! 

Maka sebab itulah aku lebih suka memilih menginap di The Heritage. Dengan permandangan yang menarik di balkoni dan juga kesegaran udara dari pagi hinggalah malam hari tanpa perlu pasang pendingin hawa. 

The Heritage yang terletak di Tanah Rata , Cameron Highlands ni mempunyai keluasan tempat letak kereta. Pastu bagi mereka yang nak buat bengkel , memang best la sini. Kemudian kat sini kita boleh bersiar siar dengan suasana yang cantik. Anak anak pasti gembira. Nak cari tempat makan pun tak susah. Jalan kaki ke bawah dan ada banyak restoran masakan melayu dan mamak. Sedap sedap lak tu.




Selesai masalah tempat tdo bila g hotel..


Bilik Fitness untuk keluarkan peluh. Ada juga bilik permainan untuk anak anak kecil dan juga mini perpustakaan. 


Kalau kelaparan dan tak nak makan di hotel , korang turun dari The Heritage , pastu ke arah Zenith Hotel ni. Kat kiri kanan tempat ni ada banyak restoran sedap sedap. Pagi petang malam buka. Zenith ni pun kelihatan menarik. Dalam perancangan aku juga kalau nak ke sini lagi cuma dari segi harga tu, aku rasa jauh tinggi dia dari The Heritage.

Dan kelebihan The Heritage ni , ada banyak tempat untuk korang bergambar di sini. Aku tak sempat nak bergambar sangat kat sini sebab nak luangkan masa dengan anak anak berbanding nak mengambil gambar...








Lepas subuh , ajak anak anak brisk walk naik turun bukit. Dapat dekat 4 ribu langkah , best dah. Peluh pun tidak tapi terasa best ! Pastu boleh bersarapan di hotel atau gi je makan kat kedai kedai makan berhampiran. Banyak pilihan.

Dan jika korang datang pada hari orang lain bekerja, hahaha.. korang boleh berjalan jalan dengan riangnya. Antara tempat yang aku sekeluarga sempat singgah ialah The Sheep Sanctuary. Berbaloi tak masuk sini ? Kalau korang ada anak anak dan bukan anak kampung, berbaloi la masuk. Boleh main ngan kambing biri biri yang senantiasa nak makan. Hahaha.. Satu lagi , Alpaca sangat mesra 'orangnya'..




Jangan lupa cari PopStick kat sini. Sedap air krim strawberi dia. Layan la sebatang dua sebelum keluar dari situ. Sesekali , apa salahnya. Hehee.. aku pun lama dah tak layan ais krim. Kalau nak makan, pastikan berbaloi gitu. 







Sebelum balik, wajib singgah Cameron Valley ni untuk mengeteh. Harga, standard KL. Oh ya.. kat sini ada dua pilihan tempat mengeteh yang menarik. Yang aku gi ni, dah biasa sangat. Ada satu port lagi yang menarik. Situ katanya siap ada anak sungai yang cantik untuk bergambar kenangan. Nak mandi , confirm la gigil. Heee...

Ha... kalau datang hari persekolahan dan risau anak anak ketinggalan pelajaran , amiklah kelas tambahan online yang mana setiap malam ada kelas secara live bersama guru guru berpengalaman. Dari Tahun 3 hinggalah ke SPM... InshaAllah berbaloi ! Korang boleh ke www.flyhigh.my untuk infomasi yang lebih lengkap. 


Alhamdulillah... pergi balik selamat. Dan anak anak gembira. Katanya nak pergi lagi. Walaupun takda kolam renang, mereka suka dengan kedamaian di sana. InshaAllah , memang kena datang lagi tapi kena datang hari biasa.. tak boleh hari cuti. Kalau datang hari cuti... gulp ! 





 

You May Also Like

0 comments