Alhamdulillah.. Aku dah kembali ke lapangan 'membakar lemak perut' setiap hari. Boleh dah jalan tanpa rasa sengal sengal di punggung, peha dan betis kiri. Kalau tak , aku rasa kaki aku seperti dicucuk cucuk jer. Tenaga pun takda. Mood ke laut dalam dan terasa anxiety memanjang. Adeh.. Semua ni ada kait mengait. Kalau rajin mencari maklumat , mesti akan tau punya.
Urut dah.. fisio dah tapi dia datang dan pergi. Kena cari punca utama. Dan aku punya kes , aku syak berpunca dari hip belah kiri aku. Bila aku buat regangan. memang akan berbunyi belah situ. Hurm.. Lama dah berlaku tapi aku anggap biasa jer. Tapi lama lama , makan dalam terus.
Kena buat regangan sebelum nak mulakan aktiviti seperti bersukan. Jangan main tarak jer. Salah skit , derita lama. Nah.. duit lagi terlibat ! Bagi yang tak tau , pasti akan gi beli macam macam suppliment yang berkaitan dengan saraf. Adeh.. tu pasal ada yang tak sembuh sembuh. Kan ?
Aku.. rajin scroll mencari maklumat mengenai masalah lower back ni. Ada banyak info dan kita kena cuba satu satu. Macam kes aku ni , kasut juga menjadi punca. Pastu badan tak cukup panas sebelum nak mulakan senaman terutama di gym. Tak cukup masa.
Pastu tilam pun ya juga. Aku perasan bila tidur kat hotel , sakit belakang aku ni berkurang. Perlu guna tilam T20 kah ? Yang boleh support tulang belakang ? Adoi. Bukan murah punya barang tu. Kan ? Aku rasa ramai orang macam ni dah.
Awal awal aku ingat slip disc. Kalau slip disc , memang teruk aku tapi bila jumpa fisioterapi , dia kata otot ketat. Bermakna ada tak kena pada lower back aku. Macam macam aku buat dan akhirnya aku dapat jawapan..
Hip !
Antara senaman yang aku kena buat setiap pagi untuk meregangkan bahagian hip aku. Ternyata otot ketat dibahagian lumbar aku ni, terus hilang ! Seterusnya aku cari lagi senaman yang target pada lumbar ni. Bukan kena kuatkan lumbar tau tapi otot yang berdekatan dekat dia. Hati hati juga. Jika salah , dia punya tarik , boleh jerit wooo !
Bagi yang sedang alami , berehat baring duduk bukanlah solusi yang baik. Kena banyakkan bergerak ya. Belajar guna otot jika nak angkat beban dan bukannya guna pinggang ! Ni kena cari sifu ya. Minta tunjuk ajar.
Dan selain senaman , kena ambil juga suppliment untuk baiki saraf ! Maklumlah , gaya hidup dulu banyak merosakkan tubuh badan. Kita je tak sedar. Dan benarlah kata orang tua dulu dulu , nanti kau usia 40an.. tau laa !

























