Dijadikan cerita ..
Gitulah adanya.. Tak lepas sungguh dia ngan telefon tak bernyawa tu ! Suka sungguh hp ada flip.. Dulu aku pun sukaaa.. hehehe ..
Dijadikan cerita ..
Gitulah adanya.. Tak lepas sungguh dia ngan telefon tak bernyawa tu ! Suka sungguh hp ada flip.. Dulu aku pun sukaaa.. hehehe ..
Karnival Karangkraf kembali lagi !! Kali ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan pasti tertarik ! Antara yang membuatkan anda patut datang ke Karnival Karangkraf ke 7 ini ialah diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80% dengan tagline “Kami Ada Semuanya” .
Karnival Karangkraf 2015
Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15,
Antara aktiviti yang akan dianjurkan ialah :
Aktiviti menarik pada Sabtu 31/1/2015;
Aktiviti menarik pada Ahad 1/2/2015
Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese.
Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang dibawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.
Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;
Tunggu wife sampai rumah.. Lepas maghrib , aku plan nak keluar .. Pada awalnya aku ingat nak gi Alamanda. Nak layan movie. Kasi release tensen jap. Yelah , tak tengok dunia kooo.. Otak beku !
Tapi.. setelah seharian bersama anak anak , aku rasa aku tak patut tinggalkan Qhaliff di rumah. Sian dia. Dia pun reti bosan ! Hurm.. Zahra tak pe la.. Dia demam.. Hehehe.. Dia kalau nampak mak dia , senyum hilang pipi .. hahaha .. Dah la seharian tidur je dia..
Akhirnya ..
“ Qhaliff.. nak ikut daddy tak ? Cepat mandi.. “.
“ Abangggg.. nak ikut !! “. Jerit Qhaliff dengan nada manja. Cepat cepat dia pegang baju aku. Aku amik tuala , terus ke bilik air. Redha je dia. Kalau tak , mau berperang gak la ngan dia .. Hahahaa ..
Ni la keje dia.. Seharian duduk rumah ngan aku.. samada dia layan telefon mainan dia atau dia mai kacau aku. Tapi dia dah tak macam dulu. Semakin boleh diharap. Dah boleh suruh buat itu ini terutama suruh jaga adik dia ! Jangan kasi gigit apa apa dan tengokkan adik dia jangan kasi turun katil ! Hehe.. Aku ngintai tengok apakah abang dia leh suruh atau tidak.. hahaha .. Tapi bila tv perpampang citer kartun feveret dia , abis lupa dunia ! Hahahaa..
Walaucamana pun , dia tetap panggil aku ‘Abang’ ! Grrr.. nasib baik tak Bhaiya !
Dan.. dia ikut aku ke rumah mak aku.. Saja gi lawat orang tua aku.. Sejam pon jadi la.. Dari melepak , baik tengok orang tua kan ?
Hurmm.. Home teater dah ada ! Tapi macam tak sesuai pulak dengan tv aku yang bersize 42 inci... Kalau guna 80 inci pasti puashati punyalah ! Tapi nak beli 80 inci punya tv , bukanlah murah kan ? Harga confirm meletop letop punya !
Tapi kalau tukar tv , tv sedia ada ni ? Bukan selalu pun nak layan movie best best kan ? Kalau nak layan movie best best , kena tv besar atau guna projektor macam kat panggung wayang tu ! Baru syiokkkkkk ..
Sebut pasal projektor , BenQ ada keluarkan dua jenis projektor mampu milik dan berteknologi terkini iaitu W1070+ Dan W1080ST+. Kedua dua projektor ni ada kelebihan tersendiri .
Kenapa nak guna projektor lak ? Harga mesti mahal punya kan ? Kannn .. kan ? Mesti itu antara soalan yang tertanya punya kan ? Ok.. jangan risau.. Hari tu aku pun terfikir gitu gak tapi selepas segala penerangan dibuat , aku kembali terfikir kebenarannya !
Ok.. Harga ? W1070+ ialah RM3,999 manakala W1080ST+ ialah RM4,299 . Bila guna projektor , kita boleh dpt lontaran gambar sebesar 100 inci dengan jarak 1.5 meter !
Ini bermakna dengan harga yang lebih kurang , kita boleh dapat projektor yang paparan gamba yang jauh lebih besar ( sehingga 300 inci ) dan puashati dengan pencahayaan yang menakjubkan iaitu 3D Full HD 1080p ! Bayangkan tengok movie atau main game ! Perghhhhh .. Siap boleh layan movie 3D lagi !
Menariknya , kita boleh letak projektor ni di sudut sudut tertentu.. Tak semestinya lurus je.. Dan juga boleh pindah sana sini termasuk bawak masuk ke dalam bilik ! Hehehehe..main game seronok tuuu !
Sistem Bunyi
Jangan risau.. Projektor dari BenQ ni dah dilengkapi dengan built in sistem bunyi 10W yang sama kualitinya dengan TV LED . Atau kalau nak pasang guna kabel HDMI ke home teater pon boleh jer..
Bagi mereka yang gemar download movie ke dalam telefon pintar dan teringin nak mainkannya di layar yang lebih besar supaya puas menontonnya.. boleh guna MHL kabel atau 3rd party MHL dongle.
Telefon pintar tu pon boleh bertukar ke remote ! Hehehe.. Memang menarik jenama ni !
Rasanya bila guna projektor ni , kawan kawan yang datang rumah layan movie pasti akan pulang dengan kepuasan ! Hehehhe.. Lain kali boleh datang lepak beramai ramai lagi kan ? Baru syiok !
Tak puas besar gini kan ? Hehehehe.. Jom tukar guna projektor Ben! ! Huhuhu… Nak tau dengan lebih lanjut , boleh ke http://www.benq.com.my/.
Aku perkenalkan Qhaliff dengan gadget , di usia dia .. berapa eh ? Rasa aku sejak dia selalu aku bawak ke rumah orang tua aku. Dalam kereta aku pasangkan video supaya dia tak boring dan menganggu tumpuan aku ketika memandu.
Ramai kata jangan ajar anak anak main dengan gadget ! Nanti perkembangan mereka terbantut atau banyak kesan buruk ! Hurmmm.. Yeke ?
Bagi aku la kan.. Kesilapan utama ialah menjadikan gadget tu sebagai alat mainan anak anak kita ! Kita perlu tau bila perlunya mereka bermain denga gadget ni.. Bukan 24 jam berkepit jer..
Macam Qhaliff sekarang ni.. walaupun dah kenal handphone tu apa tapi dia tetap bermain dengan permainan dia. Handphone tu , bila dia boring sangat sangat , baru dia layan. Tu pun kejap jer.. Selebihnya dia main game pendidikan dalam tu.. Aku try gak install game game yang kanak kanak biasa suka main tapi tak mencuit hatinya pun..
Menariknya kan.. Dia selalu layan youtube bahasa jepun dan bahasa asing. Sewaktu di Legoland ari tu , bila terdengar pelancong berbual dalam bahasa Jepun , dia pon sibuk la nak membalasnya ! Kenapa ?? Sebab dia tau dan kenal !
Bila keluar jenjalan , dia nampak huruf huruf besar di tepi jalan atau shopping mall , dia akan sebut.. Semua tu dia belajar melalui gadget dan jugak bapak dia ni .. termasuk mak dia la.. hehehe..
Gadget bagi aku .. adalah alat bantu mengajar di zaman ini.. Jangan salahkan gadget sama sekali ! Sebaiknya kenalkan mereka di usia kecil supaya bila masuk taska ( yang ada belajar komputer ) mereka dah tau apa nak kena buat !
Dan Qhaliff tetap memilih permainan dia berbanding telefon pintar yang harganya .. hurmm.. Dia pilih telefon sebab nak call orang pastu berbual .. Telefon pintar ? Tuu.. nampak kat kaki dia tu ?
Ada ke tak de ke ? Dia tak kisah .. Tab dia dah rosak .. Tenang je pon.. Tak kisah takde .. Yang pasti bila jumpa sepupu atau rakan sebaya , dia sibuk nak gi ajak bermain !
Segalanya terletak pada kita sendiri ! Jangan membeku dalam rumah jer ..