Aku lama dah boikot kopi kopi ni !

by - Jumaat, Mei 17, 2024

Aku pengemar kopi. Satu tika dulu. Begitu juga dengan isteri aku yang nombor 1 tu. Yang nombor dua dan tiga tu, aku tak tau diorang suka kopi ke tak sebab belum ada lagi. Awal awal dulu aku suka layan kopi ni , di KLCC. Lepak cuci mata ngan kawan kawan aku kat Coffee Beans. Kira nampak kaya la kononnya. Sekali beli mau dekat RM10 lebih gak la. Tu zaman aku remaja la. 

Bila dah kawin , lifestyle berubah. Mengopi ngan isteri lak. Asal keluar shopping mall, wife mesti nak minum. Aku pun join sama la. Tertarik dengan bau kopi tu. Pastu minum dek kerana nak membakar lemak lemak. Kan kopi ni ada unsur fat burner. Kononnya.. padahal letak creamer n gula lagi. Bingai tul la kalau dikenang kenangkan semula. 

Jadi blogger lak.. kena review produk termasuklah produk workout ni. Macam macam produk dah aku review. Yang percuma.. yang berbayar. Pastu lak , kebanyakkan minuman tu mengandungi kafein. Pergh...Sempurna sungguh kehidupan ! Siap jadi duta kopi lagi. Hahaahaha.. naya sungguh la perut aku. 

Tahap ketagihan aku pada kopi ni , sampaikan bila nak memandu balik kampung tu.. wajib kena dua tiga sachet ! Baru puas. Memula tu , satu ok dah. Lama lama tak syok pulak satu. Kasi up satu lagi.. dan lagi. Kesudahannya.. 16 jam memandu baru sampai kampung dek kerana kerap mengantuk. Bila sampai kampung , terus nak cari katil. Terlalu penat. 

PKP Covid 19... aku kena anxiety kerana kerap mengambil tahu isu semasa. Ditambah pulak ada yang rajin dok forward forward berita dalam luar negara.. dengan kes jangkitan dan kematian melibatkan kenalan dan sanak saudara , jantung aku tak terkawal laju. Siap boleh dengan lagi dengupan jantung. Asyik pikir nak mati jer. Sampaikan wife aku nak gi kerja pun aku tak kasi. Risau ! Kalau nak pergi , kena pakai face mask siap face shield ! Macam orang giler dah rupa. Hahahaha.. 

Urat tegang dek kerana Anxiety ! 

Muka penuh gula !

Nak gi brisk walk pun takut.. Anxiety !!

Ubah gaya hidup... diet pemakanan terutamanya.

 

Alhamdulillah.. wife aku walaupun dia pengemar kopi dia masih ada batas. Dia minum tak abis pun tapi gemar minum hari hari. Dan kesannya ? Dia pulak ada gastrik teruk. Bila aku kaji balik gaya pemakanan kitorang... semua salah sendiri. Malah anak anak pun aku kesian sebab mereka makan apa yang kami beli.. dan mereka pun selalu jatuh sakit ! 

Maka aku berhenti segalanya termasuk kopi ni. Aku perasan bila aku minum je kopi , perut akan kembung dan belikat aku mula sakit. Bangun tidur , terasa pening . Huhhh... Begitu juga dengan isteri aku. Kalau nak kejut bangun tidur , kena kejut perlahan lahan. Jangan kasi dia terkejut. Kalau tak , sakit kepala. Sekarang ??? Alarm tak bunyi lagi kami dah bangun dan cergas ! 

Sekarang kalau nak balik kampung pun , aku tak de nak minum kopi atau minuman penambah tenaga. Aku boleh je memandu sampai dalam 8 jam perjalanan ke Kelantan. Tu pun sebab berhenti solat dan tandas. Kalau tak , boleh je 6 jam. Dulu aku ingatkan mustahil.. rupanya boleh jer ! 

Semakin ramai golongan muda jatuh sakit dengan mudah. Kebanyakkannya menyalahkan vaksin. Ya , vaksin tu kasi trigger tapi racun dalam badan kita ni , sejak dari kecil lagi dah berkampung. Gaya pemakanan kita dari kecil lagi !! Susu tepung... jajan.. gula  gula. Air gas.. biskut.. roti ! Makanan segera seperti megi , roti berkrim.. susu susu putih di pasaraya tu.. air kotak.. air tin.. makanan dalam tin.. makanan pantas di pagi hari macam cereal.. coklat coklat manis.. Haiihh.. banyak kalau nak disebut. 

Korang yang suka kopi ni, cuba buat kajian sedikit mengenai kafein ni. Aku tak nafikan ada kebaikan kopi ni tapi keburukannya amatlah tak bagus untuk tubuh badan untuk jangka panjang. Nak minum seminggu sekali , ok jer.. Pastikan hanya kopi tanpa sebarang campuran saja. Kalau ada campuran.. memang cari penyakit la ! 

Aku lebih sihat.. segar tanpa kopi.  Sekadar nasihat... terpulang. 


You May Also Like

1 comments

  1. kopi kalau ketagih pun tak bagus juga kan. ida suka je minum kopi tapi bukan setiap hari minum..

    BalasPadam