Stress emosi punca gagal hilangkan lemak di bahagian perut ?

by - Sabtu, Mei 25, 2024

Aku bukanlah jaga kesihatan sebab takut mati. Tujuan aku jaga kesihatan ni adalah kerana ianya amanah buat kita. Bila tubuh badan sihat , nak beribat pun senang. Bila kita jatuh sakit , masa tu la teringin nak pergi solat berjemaah kat masjid la , nak berjogging la.. nak gi bersenam kat gym la. Tapi bila dah sihat , terlupa terus janji janji murni tu. Heeeee.. kan kan ?

Alhamdulillah... satu persatu aku belajar bab kesihatan terutama perut ni. Perut ni adalah punca segala penyakit jika kita tak jaga. Terbaru pasal hormon kortisol. Dulu aku tak paham sangat la menatang hormon kortisol ni. Tapi bila aku sedari yang masalah semua ni berpunca dari kepayahan nak hilangkan lemak perut dan juga masalah lemak visceral ni , barulah aku memahami semuanya saling berkait. 

Walaupun aku dah berjaya kurangkan berat badan , hilangkan keboroian perut dan juga masalah kesihatan lain tapi di bahagian bawah perut masih ada sedikit lemak lemak degil. Yang tu , aku takda la nak risau sangat tapi lemak di dalam organ itulah yang merisaukan aku. Apakah puncanya selain dari pemakanan yang aku dulu dulu ? Yelah.. aku baru je berubah gaya hidup. Takkan nak terus hilang kan ? Tapi part ni.. aku tak perasan ! 

Ya... STRESS ! Ramai anggap stress ni sekadar melibatkan tempat kerja jer. Tapi kalau aku perhatikan diri aku sendiri la... aku mudah cepat stress ! Benda kecil pun aku cepat nak stress. Dengan anak anak pun , aku mudah stress jika mereka buat hal. Padahal menda kecik je pun. Wife aku tenang je uruskan. Aku ? Adehh... serabut jadinya. 

Selain itu , tidur yang tidak mencukupi juga menjadi punca kepada masalah stress ni. Tidur awal dah tapi nak dapat deep sleep tu payah sungguh la. Macam macam gangguan. Kekadang alarm telefon la. Dengkuran... atau mimpi kejar hantu la. Adeh.. 




 Satu lagi masalah stress aku ialah suka sangat ambil tahu isu semasa pastu sibuk nak tinggalkan komen. Hahahahha.. Adoilah. Kalau tak tinggalkan komen , sibuk nak up status juga. Amboi.. terpaling politik ni ! Hahaaa.. tapi aku kena ambil tahu juga sebab apa yang berlaku dalam negara ni , turut melibatkan aku , keluarga, anak cucu dan juga rakyat jelata. Takkan nak diam je kan ? Takkan nak tunggu negara ni kena tawan baru nak melawan ? Terlebat dah bro ! 

Sikit skit dah la kan. Jangan over. Nanti stress ! Gitulah.. kan kan ?  Apa lagi yang boleh bikin kita stress ? Duit ? Tu yang kaya raya pun stress.. Hari hari pikir camana nak kaya lagi atau nak terus berkuasa. 

Haa.. yang ni aku buat tapi aku tak sedari. Bersenam melampaui batas. Bersenam tu ok dah tapi kita kena banyakkan berehat juga. Bila tak berehat , bila badan kita nak buat pemulihan ? Otot otot tak sempat nak rehat , kita pakai semula. Lama kelamaan , jadilah isu seperti yang dikatakan oleh doktor doktor di bawah ni. Korang dengar sendiri dan fahamkan.. 

Itu pasallah , lemak susah nak hilang dan kesudahannya , dapat diabetis ! Jenuhhhh.. Bukan sebab gula tapi sebab stress ! 

Tonton video Dr. Onn Akbar Ali Tonton video Dr. Onn Akbar Ali 

Tonton video Dr Sandra Raman Tonton video Dr Sandra Raman 

Jom.. aku nekad , pasni aku nak kurangkan tengok media sosial dan juga banyakkan senyum. Ketat sungguh muka aku kebelakangan ni. Agaknya dah kurang ketawa dah kot aku ni ? Dulu mudah je nak ketawa dan senyum. Sampaikan awek tengok pun , jatuh cinta. Aummmm ! 

Selain dari tu , kita kena jaga hati kita. Senantiasa berprasangka baik. Dan bila kita berbual dengan kawan kawan , jangan kita simpan masalah mereka bersama kita. Dengar , selesaikan dan lepaskan pergi. Jangan bawa pulang bersama kita. 

Moga dengan pemahaman aku ni , mungkin pasni aku lebih... hensem ?

You May Also Like

2 comments