Kena ambil tahu pasal Visceral Fat juga !

by - Rabu, Mei 22, 2024


Tak perasan lak dalam gym yang dah 10 tahun aku gi ni , ada mesin ni ! Hahahaah.. Nampak sangat aku jenis tahu masuk workout dan blah. Isi air percuma pun jarang. Tandas pun boleh kira la beberapa kali masuk. 

Terperasan ada sorang kawan tu guna.. terus aku pun sibuk nak check juga. Nak gak tau hasil workout aku selama 2 tahun ni yang siap berpantang itu ini. Dan hasilnya.. er, aku cuma nampak berat aku naik 1kg dan BMI aku terlebih semula. Aku kena turunkan berat badan dalam 79kg untuk capai BMI ideal aku. Tapi jangan kurus sangat kan ? Tak.. kena ganti dengan banyakkan makan protein natural. 

Tapi ikutkan ok dah cuma kalau tengok dari gambar tu, aku baru perasan pasal Visceral Fat. Itu pun seorang rakan yang juga seorang doktor di Facebook tegur. Terima kasih atas komen doktor ! Saya hargai sangat. Kalau tak , memang tak amik port pasal ni.. 

Katanya tinggi. Apa itu Visceral Fat ? Aku terus google cari jawapan dan ianya sesuatu maklumat baru untuk aku. Bahaya juga menatang ni jika  terlebih dalam badan. Visceral fat adalah lemak yang terletak di dalam perut kita dan meliputi organ-organ penting seperti hati, pankreas dan ginjal. Visceral fat berbeza dengan lemak subkutan yang terletak di bawah kulit kita. 

Kenapa visceral fat berbahaya bila terlalu tinggi lapisannya ? Visceral fat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kanser. Ini kerana visceral fat dikatakan mengeluarkan bahan kimia yang boleh meradang dan merosakkan sel-sel tubuh kita. Visceral fat juga boleh mengganggu fungsi hormon dan metabolisme kita.

Otot lengan tu macam ok dah. Tak nak besar dah. 

Muscle Mass 


Bone Mass 


Bacaan air dalam badan


Aku punya bacaan , 13%

Aku punya Visceral Fat ialah 11% . Sebelum ni mesti lagi teruk. Takpe.. kasi 2 bulan lagi. Tengok bacaan terbaru lak.


Ilmu baru untuk aku. Pentingnya kena jaga sebab ianya melibatkan penyakit penyakit berbahaya. Nampak gayanya , kena banyakkan berpuasa atau buat IF dalam 6 bulan ni. Workout , rasanya ok dah cuma mungkin kena kasi bikin HIIT dua tiga kali seminggu kot ? 

Bagaimana nak turunkan visceral fat ni ? Melalui pembacaan aku , pertama sekali... jangan stress ! Jaga tidur dan waktu rehat kita. Dan yang ketiga ialah jauhi pemakanan bergoreng , makanan ultra process dan juga fruktose ! Hurmm.. turunkan dulu barulah boleh ambil sedikit sedikit pastu. Bukan tak leh langsung. Tapi kena sihatkan dulu. Yer, aku ada masalah bab fruktose tu sebab aku suka makan buah. Dan juga sedikit stress. Maklumlah , jaga 3 orang anak. Bila bergaduh, masing masing mengadu pada aku. 

Metabolic age , 23. Nasib baik Islam melarang warna rambut hitam ! Kalau tak.. confirm janggut dan rambut aku kembali hitam. Hahahahhaa... Dah laaa , Ben oii ! Dah tua , buat cara tua. Kubur dah memanggil tu.. Hee.. 

Menjaga kesihatan ni sunnah. Jangan jadikan alasan tua untuk malas jaga perut kita tu. Bila badan fit, nak gi masjid surau jalan kaki pun takda masalah. Nak bangun subuh pun ok jer. Kalau sebelum ni, asal nak bangun subuh jer, mesti sakit kepala. Kena cool 10 minit, baru boleh bangun. Tapi sekarang... alarm belum bunyi, aku jaga dah ! Tuuuu diaaa aih ! 

Semoga Allah berkati niat kita dalam menjaga kesihatan. Kawin dua itu bonus. Eh.... 

You May Also Like

0 comments