Kalau tak makan nasi , nak makan apa je hari hari ?

by - Jumaat, Mei 03, 2024

Bangun subuh... 

Biasanya aku tak makan apa apa sehingga jam 8 atau 9 pagi. Aku cuma minum air halia. Pagi tu jika aku nak ke gym , aku akan makan telur rebus dua tiga biji. Tu pun jika malam sebelum tu aku tak makan apa apa. 

Jika aku makan sesuatu yang aku rasakan berat termasuklah buah buahan seperti tembikai atau buah naga, memang aku akan tahan dulu lapar sehingga lepas workout di gym. Aku nak guna pakai tenaga yang sedia ada dulu. Aku bukan nak gi berperang pun kan ? Maka gunalah tenaga yang ada dulu. Kenapa nak kena reload yang baru ? Kalau sekadar lapar sedikit saja , tahanlah. Minum dulu air halia untuk tenangkan situasi di dalam perut tu. Hee... Jangan risau.. inshaallah ok ! 

Dan Alhamdulillah , aku dapat isteri yang memang berniat jika kawin nanti nak masak pagi pagi untuk keluarga. Tak nak makan luar selalu. Hahahaha.. gitulah ! Maka sang isteri akan masak apa saja yang ada di dapur dan aku cakap kat dia.. tak perlulah ada 3-4 lauk setiap hari. Cukuplah ada fiber , protein dan sedikit karbohidrat untuk anak anak. 

Abis tu , untuk aku takda karbohidrat ? Aku tak makan nasi ? Wife tak makan nasi ke ? Seperti yang korang tau... hanya aku saja dalam rumah ni tak makan nasi. Sebenarnya , badan aku ni dah dalam kategori 'teruk' sebelum aku menyedarinya. Bersyukur kepada Allah kerana menurunkan tandanya melalui wife aku. Dari situlah segalanya bermula ! Rasanya banyak kali dah aku cerita dalam blog aku ni. Korang boleh selongkar je dalam entri entri yang lepas. Aku malas nak buat video. Risau nanti ada yang tergoda dengan wajah kacak aku ni. Hahaha... Jangan sentap ! Ada yang sentap ari tu kata aku perasan kacak ! Eleh... dengki le tuuuu.. 

Ok ok..  kembali ke topik asal.  Sejak tu , di rumah aku ni aku ubah diet pemakanan. Takda dah makanan sampah di dapur ! Korang nak tau apa makanan sampah ? Nak tau ??? Hee.. baca entri entri aku yang lepas. 

Nah.. ini sedikit tips aku makan setiap hari. Pagi , aku utamakan protein dulu. Buah , sayur , lepas gym.. agak sedikit lewat gitu. Bila masuk tengahari , baru aku amik lagi protein , fiber dan lemak sihat. Antara yang aku makan ialah.. hurm.. apa yang isteri aku masak la.  Jumlahnya sedikit jer. Contohnya jika ada bihun goreng ke , mee goreng ke.. aku akan makan dengan sayur dan telur rebus. Aku makan tu dulu sebelum ambil makanan tinggi karbohidrat. Benda gini dalam sebulan sekali dua je aku makan.  Tak bagus untuk perut sebenarnya. 

Dan makanan di bawah inilah antara keutamaan aku. Untuk aku yang pernah ada masalah dengan saraf, buah buahan pun aku kurangkan terutamanya yang tinggi dengan gula. Oh ya, kurma tu antara yang wajib la aku makan hari hari. Situ pun dah lengkap ! 

Tak tau nak makan apa ? Bila gi kedai makan berlauk , amik je lauk. Apasal nak amik nasi ? Kita bukan perlu makan sampai kenyang. Kita isi sikit jer. Asalkan real food ! InshaAllah akan cukup.. 







Ayam goreng ???? Ala... seminggu dua minggu sekali je pun aku layan. Aku bukanlah jenis tolak semuanya. Cuma yang aku rasanya tak bagus sangat untuk perut aku , aku tolak abis la. Aku kena tahu apa yang bagus dan tak bagus untuk diri sendiri. Contohnya kopi kopi manis , memang aku dah buang abis. Biskut , roti putih.. susu putih low fat.. semua tu aku memang tak usik dah. Gula putih jangan cerita la.. Begitu juga roti canai dan paling utama ialah makan lewat malam ! Tu memang aku tak buat dah.. Fuh , kalau buat gak.. esok confirm sakit kepala ! Menyesal weh !

Syukur Alhamdulillah.. aku gembira dengan keadaan sekarang. Anak anak pun jauh lebih sihat dan yang penting sekali.. JIMAT PERBELANJAAN ! 

Kurus kering ? InshaAllah tidak... 
 

You May Also Like

0 comments