Membesarkan seorang anak dara !

by - Sabtu, Mei 11, 2024


Menghitung hari je si Zahra ni nak menyambut hari lahir dia yang ke 10.  Alhamdulillah... Besar dah si anak dara ni. Sekejap je masa berlalu. Dia harap dia ada ada perempuan. Ibunya dah tutup kilang .Hahahaha.. tak nak dah katanya. Kalau nak, dia kata kena la daddy kawin lagi. Eh... tu aku yang tambah sendiri. Hahaha.. Cari pasal. Beras mahal zaman Madani. Serba serbi mahal. Cukuplah 3 dengan bini sorang. 

Cabaran membesarkan sorang anak dara di kalangan 2 anak lelaki memang lain macam sikit. Perangai dia sedikit lasak dan keras. Tapi keperempuanan tu tetap ada. Takda la nak jadi jantan atau nak main permainan jantan. Masih dengan kegadisannya. 

Ingat lagi detik detik menyambut dia keluar. Ramai kata macam muka aku. Auch... Kening , mata dan hidung.. memang ikut aku la. Anak mami. Hahaha. Membesarkan dia , tak banyak kerenah. Dua kali masuk hospital. Pertama sebab jatuh dan luka pada dahi. Yang kedua , jangkitan kuman pada paru paru dek kerana batuk dan selsema berpanjangan. 

Dek kerana inilah aku cukup berjaga jaga bila anak anak jatuh sakit. Aku memang takkan biarkan mereka batuk dan selsema berpanjangan.  Alhamdulillah , aku dah tahu camana nak elakkan mereka dari batuk berkahak dan juga selema berpanjangan. 

Ketika umur 5 tahun.. dia ada masalah kenal huruf. Malah nak pakai selipar pun dia asyik terbalik. Kalau menulis , mesti semua terbalik. Ada aku tulis di entri TULISAN TERBALIK ! PAKAI SELIPAR PUN SALAH ! BENARKAH ANAK KITA ITU ADA DYSLEXIA ? ZAHRA ADA TANDA-TANDA TAPI..

Alhamdulillah.. ketika PKP aku dan wife gunakan masa yang ada itu untuk mengajar Zahra dan Aariz mengenal huruf. Rupa rupanya benarlah sangkaan aku. Dia ada 'perangai' aku yakni.. seni ! Dia cukup suka berkarya. Melukis antaranya. Dan mana tau kan , dia akan gantikan aku sebagai penulis blog pula. Idea dia ada... dan bila dia berkarya, dia akan duduk senyap senyap dan tak kasi orang baca sehinggalah dia berpuashati dengan apa yang dia tulis. Gitulah..



 

Sekarang dia dah 10 tahun usia. Dah darjah 4 pun. Membaca BM dan BI takda masalah. Membaca Al Quran pun takda masalah. Mengira pun takda masalah. Kalau masuk kelas online bersama FlyHigh Education Centre , dia mampu je uruskan diri sendiri. Malah dia gembira ketika belajar secara gitu. Mudah tangkap dan jika tak tau.. dia terus tanya seolah olah cikgu depan dia jer ! Alhamdulillah.. Banyak dah perubahan dia. 

Selamat Hari Lahir Zahra Nur Iman.. semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. 

You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah. 10 tahun dah. MasyaAllah. Syukur. Selamat ulangtahun kelahiran Zahra. Merintis hidup semakin sukar. Cabaran iman terutamanya. Semoga awak menjadi anak yang teguh iman dan takwa.

    BalasPadam