Bila memandu ke pantai timur...

by - Khamis, Mei 30, 2024




Alhamdulillah.. Sebenarnya , aku tak beberapa gemar nak memandu jauh kebelakangan ni. Semakin ramai pemandu di atas jalan raya , terlupa dah cara memandu dan penguatkuasaan semakin lemah ! Denda pula yang dikenakan , tak berubah ubah dari dulu. Ada yang bayar.. ada yang tidak.. ada yang tunggu potongan harga. Hahahaa...adoilah. 

Aku baru je pulang dari Kelantan. Masa ke sana , perjalanan cantik. Tiada kesesakkan tapi yang tak seronoknya ialah spesis spesis terpaling nak cepat sampai ni. Diorang akan memotong tak kira la di atas mana sekali pun.  Kita ni dah ikut had laju yang ditetapkan. 

Perlahan ? Ada sebabnya di sesetengah jalan tu kita kena ikut had laju. Bukan saja saja diorang buat. Teringat kemalangan yang berlaku pada aku. Aku memandu perlahan tapi laluan tu memang kena perlahan lagi ! Di selekoh, atau jalan bengkang bengkok , dengan cuaca lembab atau terlalu kering juga bahaya ! Kereta yang aku selalu servis ni , tiba tiba hilang arah hidup ! Dan aku terbabas ! Masalah teknikal. Nahhh.. sapa sangka kan ? Nasib baik aku sorang. Kalau sekeluarga ? Berlaku pun dah tak jauh dari rumah aku. 

Macam macam kemungkinan boleh ada lagi. Contohnya , anjing atau monyet tiba tiba melintas jalan. Kalau siang , boleh la kita nampak. Malam ? Pernah berlaku juga... di selekoh.. ada binatang lintas depan aku. Aku tak tau la apa binatang tapi bersaiz seperti kucing ! Kalau aku brek habis , memang akan terbabas punya. Dan Alhamdulillah , aku memandu memang perlahan jer. Selekoh. 

Contoh lain... cuaca panas membuatkan mereka yang memandu jauh akan cepat mengantuk. Keletihan mata. Nak berhenti , tempat takda. Nak tak nak kena memandu sehingga jumpa tempat berhenti untuk berehat. Perit juga tu. Peranan co-pilot penting ketika ni. Kena ajak berbual cerita cerita best. Contoh isu poligami dan kawan opis yang cun dan kacak. Automatik cerah mata. 

Tapi yang cukup bahaya sekarang ni ialah spesis yang memotong berbuah buah kereta ! Akhirnya akan bersemuka dengan kenderaan bertentangan ! Sapa nak beralah masa ni ? Dia pula nak celah masuk , takda ruang atau kesuntukan masa ! Nahh... camana tu ? Bayangkan jika kereta dalam kelajuan sekitar 100-120 kmj ! Kalau nak brek tu , ambik masa gak nak perlahan. 

Setiap hari kita baca kes kes kemalangan maut. Tapi peliknya masih ramai macam takda kesedaran. Salah siapakah ? Aku salahkan kerajaan yang tak reti nak bertegas dalam isu ni. Apakah tunggu anak anak vvip kena langgar baru nak kaji ? Hurmm..

You May Also Like

1 comments

  1. Kadang-kadang terpaksa bersangka baik dengan yang duk memotong ni. Nak buang air besar gamaknya, dah tak tahan sangat LOL

    BalasPadam