BERHENTI bagi roti pada anak anak , ini kesannya !

by - Jumaat, Mei 31, 2024

Bangun awal pagi. Pastu ke gym. Aku dan anak anak. Sementara cuti sekolah ni, inilah rutin harian aku bersama mereka. Nak bawa gi bercuti ke luar negara , duit tak banyak lagi. Nak berjalan dalam negara, baru je pulang dari Kelantan. Alhamdulillah.. masing masing gembira. 

Pagi, makan telur rebus. Ada yang tak nak makan lagi. Katanya balik gym nanti baru makan. Oklah.. aku pun gitu gak. Tunggu benar benar lapar , baru makan. Tapi sebelum tu , aku minum air gabungan halia yang aku buat sendiri. Tujuannya untuk pastikan asid di dalam perut , tenang. Heeee..Dan bila nak makan nanti , pastikan yang masuk dulu adalah protein. Jangan sesekali masukkan karbohidrat. Itulah tips yang aku pelajari dan ianya berkesan untuk elakkan aku dari kena asid refluks dan juga pedih ulu hati yang selama ni , menghantui aku dan isteri. 

Malam , bawa Qhaliff gi latihan badminton. Sebelum gi tu , dia makan telur goreng dan nasi. Dan biasanya nasi dia akan letak sesenduk jer. Sikit tapi telur goreng tu, 3 biji. Digoreng dengan minyak kelapa sawit. 2 jam lebih dia berlatih.. aku sendiri pun latih dia buat fitness. Memang nampak lembik dah dia. 

Abis latihan.. pulang. Dia mintak telur rebus. Aku tengok jam. Dan lewat malam. Aku tanya dia.. apakah dia kelaparan ? Dia kata tak sangat pun. Aku kata kalau tak makan , ok tak ? Dia kata ok jer. Aku senyum. Aku kasi dia air putih ditambah dengan garam Celtic. Tujuannya adalah untuk mengantikan mineral mineral yang hilang. 

Dan tidur... Begitulah kami sekeluarga. Malam, memang jarang sangat dah nak makan. Kalau makan pun, sebelum jam 8 malam. Dan pagi hari , wife akan siapkan makanan untuk tengahari. Makan pagi , telur rebus itu wajib ada. Masing masing akan makan sebiji atau dua. Aku akan sediakan air halia atau air probiotik menggunakan serbuk arabic gum.

Tiada lagi roti , biskut , susu mahupun makanan berkotak di atas meja makan. Air manis lagi la tak da dalam rumah aku ni. Kalau ada pun , dah bertahun atas almari di dapur tu. Air gas hasil beli pizza satu tika dulu. Sekarang pizza pun dah jarang makan. Kalau nak makan sangat , gi restoran pak arab jer. 

Ayam , ikan , sayur.. adalah masakan yang wajib isteri aku buat dalam seminggu. Dan bila makan berat ni, anak anak makan nasi sekali jer. Pastu ratah lauk atau makan telur jer. Buah-buahan tu, seperti epal , anggur , mangga , nenas , buah naga , pisang.. memang akan ada la kat dapur. Tapi bukanlah semua. Gilir gilir la. Dan sekarang masing masing suka yogurt plain. Kosong..tanpa perisa dan gula. Kalau nak sedap , tambahlah dengan almond. 

Gitulah.. Apakah aku tak kasi anak anak aku makan makanan lain ? Aku kasi jer tapi sebelum nak makan tu, aku suruh mereka tengok label dan aku tanya dulu.. Apakah makanan tu berkhasiat untuk mereka ? Apkah khasiat yang ada dalam makanan tu ? 

Mesti korang kata aku ni teruk kan ? Yer.. diorang dah saksikan sendiri bagaimana mak diorang sakit dan terpaksa ke hospital lewat malam dan mereka menunggu di dalam kereta sementara menanti mak mereka siap di rawat... di tengah malam ! Dan mereka pernah lihat ayah mereka berbalut pada sendi sendi akibat sakit sendi dan juga tak mampu berlari kerana sakit lutut ! Nak duduk pun tak boleh. Solat terpaksa guna kerusi ! Anxiety , kembung perut. Darah tinggi ! Dan Zahra sendiri pun pernah masuk wad dek kerana batuk tak berhenti sehingga dapat jangkitan kuman dalam paru paru. Qhaliff dan Aariz , asal gi sekolah jer.. mesti akan dapat selsema dan batuk ! 

Alhamdulillah , dengan izin Allah.. segala perubahan yang aku dan isteri buat ni, membuahkan hasil. Nampaklah masing masing sihat. Badan pun tak membuncit dengan makanan. Dan takda lagi pembaziran. Kalau dulu, masuk je pasaraya.. mau dekat RM300-400 abis. Sekarang ni, adakalanya bawah RM100 atau lebih skit jer. Dan mereka kenyang pun makan. Takda kebuluran hingga menampakkan tulang rangka ! 





Apakah pilihan makanan yang ada selain tu ? Allahuakhbar.. banyak jer ada. Beli je bahan mentah dan buku resepi kan ada. Fokus pada protein, fiber dan lemak sihat. InshaAllah , akan kenyang jer. Ingat.. perut kita bukan perlu dikenyangkan senantiasa. Makanlah sekadar untuk hidup. 

Aduh.. rugilah ! Tolak nikmat dunia.. Kan ? Apakah nikmat dunia hanya pada makanan ? Bagaimana pula dengan nikmat kesihatan ? Menikmati makanan sedap sekali sekala , itulah nikmat dunia. Tapi tak leh dibandingkan dengan nikmat kesihatan. Aku ke mana mana tanpa perlu bawa ubat dah sekarang ni berbanding sebelum ni... paling tidak pun panadol atau pain killer !!! 

Nak makan sedap.. pastikan ianya adalah makanan sebenar. Bukan makanan olahan yang tinggi dengan gula dan juga karbohidrat. 





 

You May Also Like

4 comments

  1. Teringat zaman 80an 90an dulu, zaman takde jajan, air viral, kfc, mekdi, pizza. Duduk pula dengan arwah tok dan nenek. Simple je menu makanan kami semua.

    BalasPadam
  2. Done baca. Tq ben!

    BalasPadam
  3. Nak buat roti sourdough sendiri, lebih elok untuk keluarga ^^ roti putih semua tu, huhu betul-betul not good for kita and anak.

    BalasPadam
  4. terima kasih sharing,akan cuba amalkan juga

    BalasPadam