Tunggu sakit , baru kita mengelupur nak ambil berat !

by - Selasa, Mei 07, 2024

Sebenarnya aku penat nak cakap pasal kesihatan ni. Kalau ada yang berfikiran aku sibuk cakap pasal ni dek kerana aku jual halia maka.. hurm , tak pe la. Aku nak tukar bidang jualan. Jual makanan yang ada perisa dan manis , inshaAllah akan lebih menguntungkan aku sebab ramai rakyat Malaysia ketagihan kemanisan dan tak hiraukan kesihatan sehinggalah doktor kasi tau yang dia ada penyakit berbahaya ! Masa tu barulah mengelupur nak jaga kesihatan dan sanggup berbuat apa saja untuk kembali sihat.  

Dulu aku macam tu gak. Aku tak kisah. Selagi mana aku bersenam , rajin berlari dan keluar masuk gym, berpeluh... inshaAllah aku sihat ! Kononnyalah ! Hampeehhh... makin teruk adalah. Dan penghujungnya , aku kena anxiety seperti mana yang korang tau la. Kalau rajin nak selongkar entri entri aku yang lepas..banyak kali dah aku cerita pasal ni. 

Nak kenal tak golongan golongan berisiko ? Pertama.. yang selalu pegang air kopi manis manis ni. Dan biasanya pipi mereka tembam ! Badan pun mula dah membiak lemak lemak terutama di bahagian bawah badan dan seterusnya lemak perut ! Mereka akan cover dengan mekap tebal di muka ! Kenapa mekap tebal ? Sebab muka dah nampak tak bermaya. Kulit pun dah tak glowing...

Apasal lak pipi tembam ? Abis tu budak budak ? Baby tu ?? Baby tu tembab sebab apa ? Dalam perut ada diorang bersenam ? Ada diorang kawal makan ? Makanan masuk dari mana ? Bila keluar.. tu yang size besar dan gebu.

Pastu diorang membesar.. apa yang mak ayah kasi makan ? Tabiat gini dah dibina sejak dalam kandungan lagi. Tu pasal sekarang , muda muda lagi dah ada macam macam penyakit ! Dah dari kecil lagi kita bina banyak kem racun dalam tubuh badan kita. Tunggu nak trigger jer ! 





Yer... aku tahu , kopi tak bersalah. Nasi tak bersalah. Tu kopi dan nasi zaman tok nek kita la. Zaman sekarang ni , yang berkhasiat semua spesis yang tak mampu beli. Yang mampu kita beli , cuba check camana kandungannya. Check laa... 

Bila kita ke pasaraya... apa yang kita beli ? Pasti ada makanan yang tak berkhasiat untuk anak anak dalam troli tu dengan alasan bukan selalu pun ! Brooo... memang bukan selalu tapi pernah dengar tak sikit sikit , lama lama jadi bukit ! Makanan makanan gini selalu akan membuatkan ketagihan dan paling teruk , merosakkan sistem imun anak anak kita. Sebab itulah mereka mudah jatuh sakit . Bila sakit , kena jumpa doktor. Jumpa doktor , kena makan ubat. Kalau tak sembuh , kena masuk wad. Nak masuk wad , duit kena sediakan. Datanglah agen insuran dan suruh amik insuran. Bayar bulan bulan. Katanya persediaan untuk di masa hadapan. Sapa tahu kan ? Aduh.. sedap je kita kena jual kan ? 

Maka , bekerjalah untuk kayakan puak puak ini. Dari makanan hinggalah kesihatan .




Mampu garu kepala ! 

Mak ayahlah kena mainkan peranan. Selagi berpegang pada prinsip kehidupan yang sama dan tak berminat untuk mengubah.. jadilah kita hamba abdi pada mereka selama lamanya.. Anak anak membesar dan bakal mengikut jejak langkah kita... menjadi hamba abdi pada manusia lain. Cuma membezakan ialah berduit atau tidak saja...

You May Also Like

0 comments