Bila pihak pengeluar vaksin memohon maaf !

by - Jumaat, Mei 10, 2024


Golongan yang menolak vaksin atau anti vaksin sedang tersenyum sinis. Bertepuk tangan dengan mengatakan mereka yang mengambil vaksin ni , kena tipu ! Hurm.. masih ingat lagi ketika awal awal Covid 19 menyerang dunia dan ramai tewas termasuklah ahli keluarga , saudara mara , jiran tetangga , sahabat handai dan kenalan kenalan di media sosial. Tiba tiba dijangkiti dan... ada yang nazak dan ada yang pergi terus ! Siren ambulan siang malam kedengaran. 

Apakah solusi yang ada ketika itu untuk mencegah atau merawat ? Ubat ubatan terhad dan melambung tinggi ! Yang keluarkan produk sendiri , yang cipta resepi sendiri pastu jual dengan harga yang tinggi. Macam macam kisah ada ! Benar benar bikin untung. Yang berkemampuan , ok la. Yang takda duit nak beli ni camana ? 

Aku bukanlah pencinta vaksin. Aku sendiri pun tak nak ambil tapi disebabkan kita hidup bermasyarakat dan saranan kerajaan untuk wujudkan imuniti berkelompok , aku antara mereka yang 'terpaksa' menadah lengan untuk dicucuk dan seterusnya menyerahkan diri kepada Allah. Tawakal sajalah.  Ramai tak nak... tak pe. Tapi untuk memastikan Covid19 ni tidak menular bertahun tahun lamanya hingga ramai hilang pekerjaan dan mata pencarian.. ini antara solusi yang ada. 

Kesan sampingan ? Aduh.. cuba bagitau aku apa atas dunia ni yang takda kesan sampingan ? Hanya satu jer.. Mencintai Allah dan rasulNya. Sempurna. Kau gi keja , harung jalan sesak. Bikin stress. Tu belum part kena langgar tiba tiba walaupun dah memandu dengan berhemah. Makan ? Tu yang ada berproses ? Yang asli macam ayam ikan lak , ingat takda kesan sampingan ? Yang merokok.. yang hidu asap kenderaan.. yang makan jajan , makanan dalam plastik , dalam tin.. semua tu ada kesan jangka panjang ! Hanya menanti masa saja. 

Satu je la aku minta... hormati je la. Ramai kawan kawan yang dah cucuk ni , bukan sakit sebab vaksin tapi tekanan perasaan ! Mereka auto jadi takut bila ada puak puak yang mengambil kesempatan ni bikin duit ke atas mereka dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan produk ! Kalau nak tolong , kasi percuma je la. Bukan jual. Sekurang kurangnya vaksin yang diambil rakyat ni , percuma. 

Ingat lagi aku.. awal awal vaksin sampai Malaysia , diberikan pada golongan VVIP dan ramai marah. Pastu kata pulak vaksin ni sekadar air suam jer. Aduh.... pening kepala ! 

Vaksin kau takut.. makanan yang penuh beracun tu, takda pulak nak kisahnya ? Cer tengok balik apa kita makan kelmarin.. semalam dan hari ni ? Tu yang hisap vape tu... tu yang memandu kereta cam celaka tu ! 

Bersyukurlah kita masih bernafas. Dan tolonglah hormat. Kau tak amik vaksin, diam. Kau amik, diam. Bagi yang jatuh sakit tu , semoga Allah berikan kesembuhan. 

Sejujurnya aku pun tak percaya Covid 19 . Tapi apa pilihan yang aku ada ? Berserah kepada Allah dan senantiasa menjaga kesihatan dengan menguatkan sistem pertahanan badan dengan mengambil makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi keradangan. 

You May Also Like

3 comments

  1. Brown flesh Corpora Cavernosa with ED says: memang majority manusia ragu2 akan vaksin ni. Pandemik x sampai 2 tahun tiba2 keluar pelbagai vaksin (padahal nak uji keberkesanan klinikal tu ambek mase lebey 3 tahon). Kerajaan pulak paksa rakyat ambek termasuk booster (nampak tak rakyat jadi tikos ujikaji lapangan) kalu x ambek macam2 sekatan dikenakan. Lepas tu beratos jota dikatakankan membazir sebab expired (memang sial). mana menteri2 kesihatan yg paksa rakyat tu? Kenapa menteri KKM tak jawap Tajuddin Rahman tanya dlm Parlimen berapa jota dapat komisen? Memang sial. Lepas 2 tahon ni badan aku dah rase laen macam (faktor usia bukan penyebab kesan mendadak) terutama konek aku kian terjejas. Tu belom cerita bab saraf lagi. Menteri KKM malaysia memang sial. Aku sumpah korang dan keluarga korang cepat2 dapat kanser dan rosak buah pinggang. Memang sial.

    BalasPadam
  2. Dua tahun gua dah tulis kat lu jangan amik vaksin. Lu tahu ke mrna tu? Pergi lah buat bekam atau lagi canteek buat fashdu. Doktor pun belajar bab vaksin sekadar kulit je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. ok je aku amik. Penyakit aku mmg dah ada sblm tu lagi. Vaksin tu ikhtiar serupa bekam. Ketika tu darurat . Ko nak g bekam time kena covid ke ? Makcik ,jiran aku sendiri mati lepas kena covid. Apa pilihan ada ? Ko nak dtg umah aku kasi ubat masa kena covid ?

      Padam