Kebaikan siput babi pada tanah

by - Khamis, Mei 16, 2024

Makin membiak lak dia ! Besar besar lak tu. Aku suka tengok diorang ni sebab kerajinan mereka mencari rezeki dari malam hari lagi hinggalah subuh hari. Kejap lagi bila matahari dah mula menyinar, mereka hilang. Aku pun tak tau mana rumah mereka. Takda kesan pun. 

Tapi yang aku perasan la kan.. rumput depan rumah aku ni makin menghijau berbanding sebelum ni macam nak kering mati dah. Takda la pulak aku membaja tanah tu tapi baru baru ni ada la tanam pokok pandan. Mati ! Mungkin kerana cuaca kering masa tu. Sekarang dah kembali hijau. Rasanya nak tanam semula pokok pandan kat situ. Pokok kari pun ok. Atau pokok moringa. Haaa.. pokok moringa ni bagus. Sangat bagus khasiat dia untuk kita. Nak beli serbuk moringa pun mahal ! 

Bila aku google mencari info pasal siput babi ni , yang banyak cumalah camana nak hapuskan binatang ni. Adeh... apakah dia merosakkan tanaman ? Aku tak tau sebab aku tak berkebun. Tapi untuk pengetahuan mereka yang tak tau macam aku ni.. lendir dari siput babi ni amatlah bagus untuk perubatan kosmetik ! Haaaa... hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Boleh rujuk di SINI

Buat masa ni , aku biarkan je la diorang. Selain siput babi , aku juga 'bela burung' di luar rumah tapi tidak bersangkar. Kasi diorang beras dan nasi putih setiap pagi jika ada lebihan. InshaAllah, selagi aku murah rezeki.





SIPUT BABI DALAM EKOSISTEM

Siput babi adalah hidupan cengkerang yang penting dalam ekosistem. Siput berfungsi menguraikan sayur dan buah yang jatuh ke tanah. Apabila ia mati atau dimakan oleh haiwan lain seperti burung, itik, dan sebagainya akan mengitar semula kalsium kepada tanah semula.

Walaubagaimanapun, siput seeing disalah tanggap sebagai haiwan perosak kerana ia sering memakan daun pada tanaman dan dibunuh dengan meracun pokok tersebut sedangkan is merupakan sumber makanan haiwan pemangsa lain yang boleh dimanfaatkan. Tanpa siput, sisa lebihan tanaman tidak dapat diuraikan dan membantu Kita mengurangkan lebihan sisa organik yang jatuh di atas muka bumi Kita.

Di dalam Islam, Kita digalakkan bersedekah kepada haiwan-haiwan yang berzikir kepada Allah swt. Haiwan juga akan mendoakan sesiapa jua yang bersedekah dan memberi makanan kepada mereka. Dengan tidak meracun kawasan rumah dan kebun Kita akan membolehkan pelbagai haiwa mendapat manfaat dan berterusan jariah dari setiap perbuatan Kita kepada mereka.

Oleh itu, menjaga alam sekitar bukan saja satu tindakan menjaga kelestarian Alam sekitar tetapi juga satu cara menambahkan jariah Kita secara tidak langsung kepada Allah swt. Jika tidak meracun, potong saja rumput dari masa ke semasa dan menjadikan lebihan sisa makanan menjadi baja semulajadi iaitu baja Kompos atau makanan untuk haiwan kecil seperti siput agar dapat mengembalikan sumber calcium ke dalam tanah dan menyuburkan lagi tanam Kita.



You May Also Like

2 comments

  1. kat laman rumah saya pun byk siput babi sbb ada laman tanah berumput...selalu kalau malam akan merayap sampai atas tile, biasanya saya akan alihkan takut terpijak...saya memang tak sampai hati nak bunuh...saya biarkan je sebab akan sampai kitarannya dia akan mati sendiri..lagipun saya bukan bercucuk tanam untuk dirosakkan haiwan lemah lembut ni ...tapi memang betul, rumput dilaman saya subur...

    BalasPadam
  2. Ooo patutla org gunakan tuk rawatan muka. Lisa baru tau gak ni . Sllu buang je kan siput babi ni

    BalasPadam