Anak cecah usia 12 tahun , jangan lupa tukar Mykad !
Alhamdulillah... dah ada Mykad pun dia. Dulu masa Mykid , aku yang gi uruskan seorang diri. Tak sangka sebenarnya aku boleh buat. Hahaha.. Biasanya bab bab gini , wife yang uruskan. Aku tak suka urusan dokumentasi ni. Leceh. Dan memang leceh. Nasib baik ada kawan yang tolong bantu permudahkan urusan aku.
Untuk urusan pertukaran Mykid kepada Mykad ni, tak susah pun. Pertama sekali, buat dulu temujanji dengan cawangan JPN berdekatan dengan korang. Urusan di kaunter cuma ambil masa 10 minit jer. Korang jangan la pulak gi tepat masanya. Gi la awal sedikit. Kekadang tu, memang dah ada kekosongan. Sampai je kat situ terus ambil nombor giliran. Kalau hari biasa , inshaAllah cepat je urusan.
Pastikan dokumen cukup ye masa nak gi buat tu. Rujuk link di bawah. Aku dah sertakan. Aku tak nak kasi sini takut ada penambahanbaikan di web mereka. Sebaiknya rujuk sana terus. Dan bila nak pergi amik Mykad yang dah siap , jangan lupa bawa juga Mykid bersama resit. Mereka nak tengok dua dua ni. Kalau terlupa bawak ? Hahaha.. balik je la rumah. Esok je gi amik. Nak ambil , takda masalah. Bila bila boleh. Cuma jangan datang waktu rehat tengahari. Takut tutup sebentar. Aku tak pasti hari biasa tapi aku gi pada Jumaat , memang tutup sampai 2.45 petang.
Oh ya.. pastikan buat penukaran dalam tempoh 30 hari selepas hari lahir anak kita. Kalau terlebih ? Kalau terlebih , kita kena bayar duit proses penukaran. Rasanya dalam RM10 jer. Kalau takda masa tu, jangan kalut kalut.. Standby duit je. Heeee..
Dan amik gambar kat sana gak. Pakai baju elok elok warna gelap.. Pastikan rambut dah sisir rapi. Jangan jadi macam aku. Terpacak macam landak kena tembak jer ! Senyum ! Kang tak kacak gambar tu , sian lak diorang. Masuk usia 18 baru boleh tukar baru. Hahahaha.. Kang gi sekolah menengah , jadi bahan lak gambar tu.
Rujuk sini untuk info lanjut : https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-12
Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara : https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
1 comments
anak baru 6 tahun.. baru2 ni uruskan permohonan kemasukan ke sekolah rendah untuk tahun depan pun dah rasa leceh..
BalasPadam