Maaf anak anak ku ! Aku tiada harta untuk kamu warisi kecuali pengalaman kehidupan ini !

by - Isnin, Mei 20, 2024


Bukan mudah sebenarnya tapi ini je la aku mampu nak buat supaya mereka membesar menjadi insan insan yang bermanfaat di atas muka bumi ini. Alhamdulillah , walaupun awalnya dulu mereka sukar untuk ikut aku bersama dan lebih mudah untuk bersolat di rumah tapi sekarang , masing masing boleh je melangkah masuk ke dalam kereta dan menuju ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Satu kelegaan untuk aku. Samada mereka kusyuk atau tidak , moga Allah akan bantu hati mereka.  

Aku bercerita kepada mereka kenapa kita kena bangun subuh dan pergi berjemaah. Antaranya, ketika itulah kita dapat berdoa qunut nazilah berjemaah di awal pagi ! Camana kita nak lawan Israel kalau tidur pun kita gagal nak lawan ?? Haaa... Pastu awal awal pagi ni la kita nak lihat dunia tanpa kekotoran. Udara segar.. nyaman. 

Dan aku juga turut bercerita pada dia mengenai seorang lelaki yang sering aku nampak satu tika dulu ketika nak hantar wife ke pejabat. Lelaki tu buta. Sering berjalan kaki sebelum masuk waktu subuh dan juga tiap kali sebelum azan fardu berkemundang. Dia menuju ke masjid. Bertongkat. Seorang diri. Nah.. tidak ada rasa malukah pada kita yang cukup sifat ni ? 

Kalau kita nak berubah , kita mulakan langkah ke masjid atau surau berdekatan untuk solat subuh berjemaah. Amalkan selama seminggu dua. Pergilah sebelum azan berkemundang. Duduk dan berdoalah meminta kebaikan dan keampunan dariNya. Tak perlu tunggu nak ke Mekah dan berdoa depan Kaabah. InshaAllah... selebihnya , biar saja Allah yang tentukan hala tuju kehidupan kita. Yang penting , kita merayu dan meminta dariNya.

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh." (Riwayat Ahmad)

Semoga Allah melindungi anak anak kita dan menjadikan mereka , khalifah yang beriman dan beramal soleh serta amanah , jujur dan ikhlas dalam apa jua bidang yang mereka ceburi... 

You May Also Like

0 comments