Bagus ke kipas berdiri V-Tex ?
Lama dah aku mencari kipas berdiri untuk gantikan yang sedia ada. Yang ada sekarang ni , dia punya pusing laju tapi angin takda. Aku pun tak tau la apasal gitu. Bil elektrik lak makin melambung dek kerana pasang aircond di kala cuaca panas. Berbahang. Terpaksa. Kalau tak pasang kang , ada yang kena strok haba lak. Lagi satu hal.
Tengok pelbagai brand di pelbagai tempat tapi tak beberapa berminat. Dan kelmarin, sewaktu nak pergi ke kedai buku, aku terperasan satu kedai jual barangan elektrik ni. Aku terus berhenti dan minta wife gi tengok tengok kan dulu. Kalau aku yang pergi, semua aku angguk dan terus beli. Malas nak fikir panjang. Apatah lagi nak mintak diskaun ! Huhu.. Hantar je yang arif !
Biar dia gi tengok dulu pastu aku gi. Pekerja situ syorkan satu jenama ni. Katanya bagus sebab angin kuat dan jarak angin pun jauh. Aku cam.. Yeke ? Dia pun pasang dan memang berbeza la angin dia. Aku tau berbeza sebab kat umah aku ada 2 kipas angin kaki ni. Dia pusing pun cantik malah material dia pun lebih kukuh dan selamat !
Aku angguk kat wife aku. Selebihnya tugas dia. Dia pun mintak la diskaun. Hahaha.. Harga tak sampai RM200 dan dia berjaya dapat kurangkan beberapa puluh ringgit. Ok la kot ? Kedai pun nak tutup. Kos upah pasang pun takda. Sendiri pasang jer..
Berbeza dengan kipas kipas berdiri yang aku beli sebelum ni , materialnya banyak plastik. Berbeza dengan yang V-Tex ni. Pemberat kat bawah saja pun dah guna simen. Aku rasa ada la gak kot dalam 3kg gitu. Jadi dia payah nak tumbang jika budak budak tolak.
Bila nak pasang ,dia banyak guna skru ! Nah.. keselamatan makin terasa. Grill pula sangat keras. Dan jarak setiap satu tu tak luas. Maka jari budak budak tak leh nak masuk. Bilah kipas dia memang padu la. Tak seperti sebelum ni yang mana aku dah beberapa kali tukar yang baru. Asyik patah jer.
Skru ! Nak pasang bilah pun guna skru. Tak macam sebelum ni , cuma guna lock gitu jer. Bergegar la bila dah usang tu ! Huhuhu... Yang macan ni, terasa la selamat sedikit. Nak cuci pun tak perlu nak cabut semua. Lap je ngan kain basah.
Tak sampai 10 minit ,siap dah pasang. Cuma perlu ada skru driver dan spanar hidup jer. Spanar tu nak bukak skru bahagian kaki tu. Memang padu la ciri ciri keselamtan dia. Butang untuk gerakkan kipas pun berbeza dari sebelum aku guna. Begitu juga butang kelajuan. Kena pulas. Maka yang boleh pulas , hanyalah orang dewasa.
Untuk hari pertama guna , memang puashati. Jarak angin tu memang seperti dia kasi tau la. Penggunaan elektrik pun dia kata rendah jer. Aku berpuashati la setakat ni. Jaminan untuk kipas ni dia kasi 2 tahun. Ok la kan ? Rosak.. hantar kat kedai tu jer. Dia je wakil penjual katanya. Hee..
0 comments