Bagaimana nak hilangkan lemak lemak degil pada perut ?

by - Khamis, Mei 23, 2024


Gambar di atas , gambar aku satu tika dulu. Dengan berat lebih 90kg , aku beranggapan aku sihat jer dan perut buncit disebabkan masalah angin. Selagi aku bersenam , selagi tu aku ok... ! Kononnya la. Rupa rupanya tanggapan aku tu salah sama sekali. 

Gaya hidup masa muda dulu menjadi punca. Stress , tak cukup tidur dan makan makanan tak sihat adalah punca utama ! Bayangkan dari umur 10 tahun hinggalah ke umur 45 tahun.. macam ni ! Benarlah kata orang tua dulu dulu.. Nanti kamu masuk usia 40 an , macam macam penyakit datang ! 

Walaupun aku dah berulangkali cerita pasal ni tapi aku 'terlepas pandang' bab visceral fat ni yakni lemak lemak yang menyaluti organ dalaman utama kita seperti hati dan jantung ! Apakah kesilapan yang aku lakukan ? Aku tak minum alkohol ! Aku tak ambil dah gula putih. Aku tak makan dah makanan segera ! Kenapa ? 

Antara punca yang menyebabkan bacaan visteral fat aku melepasi sempadan.. ialah stress dan diikuti makan makanan yang bergoreng.Buah-buahan tinggi gula juga sebahagian dari penyebab. Bukan nak kata buah tak bagus yaaa.. buah bagus tapi buat mereka yang ada masalah macam ni , sebaiknya berpantang dulu makan buah buahan untuk seketika sehinggalah badan menjadi normal. 

Apakah penyakit berbahaya yang berpotensi kita hadapi ? Tiga serangkai ! Diabetis , tekanan darah tinggi dan kolestrol. Hurmm... Alhamdulillah , aku sering kali periksa tekanan darah dan ianya di dalam lingkungan normal. Cuma diabetis dan kolestrol je jarang buat. Nanti kena buat. 



 

Bagaimana nak hilangkan lemak lemak degil pada perut terutama pada visceral fat ?

Apakah diet yang aku buat selama ni tidak berkesan ? Berkesan sama sekali. Ianya dalam peringkat menurun. Bukan boleh turun mendadak. Aku dah bela berpuluh tahun , pastu nak hilangkan sekelip mata? Apatah lagi tanpa guna sebarang ubat ubatan hospital. Aku cuma tukar gaya hidup dan amalkan minuman herba setiap hari. Dan ianya membantu meningkat metabolisma seterusnya membakar lemak lemak degil. 

Seperti yang aku ketahui melalui tontonan video dan juga bacaan , untuk hilangkan masalah masalah lemak ni bermula dari kawalan stress termasuklah over workout , disiplin tidur dan juga pemakanan. Nak makan apa untuk membantu membakar lemak lemak degil ni ? Makanan yang tinggi dengan omega 3 seperti minyak zaitun sangat membantu. Selain tu boleh juga amalkan 10 jenis rempah ni. Yer , aku amalkan juga beberapa darinya.. Tapi kalau sekadar amal tak jaga makan , tak guna juga ya ! 

10 jenis rempah boleh membantu mengalakkan pembakaran lemak seterusnya menurunkan berat badan ialah : 
  1. Halia
  2. Ginseng
  3. Halba
  4. Oregano
  5. Kunyit
  6. Lada hitam 
  7. Kayu Manis
  8. Jintan Putih
  9. Pelaga
  10. Cili 
Dan jangan lupa... bersenam ! Kalau takda masa sekali pun , gi la berjalan jalan sekitar taman rumah kita dalam 30 minit ke sejam. Banyak manfaatnya terutama di pagi hari. Aku , nak cuba buat water fasting untuk 72 jam ! Sapa nak join ? Minum air jer boleh.. no makan makan.. 


You May Also Like

0 comments