Kalau lapar malam malam , nak makan apa ?
Ada kawan kawan tanya , memandangkan aku dan keluarga dah jarang nak makan malam selepas jam 8 , apakah yang akan kami makan jika terasa lapar ? Dah la tak makan nasi putih banyak.. lauk pauk pun tak banyak. Cuma ada satu dua makanan tinggi protein dan fiber saja. Nasi putih, cuma segenggam jer si wife dan anak anak ambil.
Untuk pengetahuan rakan pembaca , di rumah aku dah memang tak beli roti putih mahupun roti berkrim. Tiada lagi biskut biskut kering apatah lagi biskut berperisa. Tidak seperti dulu lagi terutama ketika PKP. Air manis pun dah takda. Sesekali je wife beli air kotak teh bunga yang kurang manis. Saja nak minum. Tu pun ambil masa 3-4 hari untuk abis.
Jika terasa lapar atau nak mengunyah , antara makanan yang ada untuk dimakan ialah pisang , anggur , almond , walnut dan juga kurma. Kalau nak tahan lama, simpan je almond dan walnut. Buah buahan ni cepat rosak.
Almond atau kacang badam dan walnut ni takda rasa. Tawar jer ! Tu yang bagus. Malah boleh dimakan pada bila bila masa saja dan yang penting , khasiat yang terkandung di dalam kekacang ni sangatlah tinggi ! Kita ambil tahu dulu pasal almond ! Nanti cerita pula pasal walnut..
8 Khasiat Kacang Badam (Almond) Berdasarkan Kajian
- Padat dengan Nutrien
- Mesra Jantung
- Mesra Penglihatan
- Sumber kepada Antioksidan
- Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
- Mengurangkan Kedutan Kulit
- Membantu Mengawal Gula Darah
- Boleh Mengurangkan Rasa Lapar dan Mengurangkan Pengambilan Kalori
- Membantu Menurunkan Berat Badan
- Brain Booster
- Bantu Pertumbuhan Rambu
Ni antara kandungan yang ada dalam almond
- Protein
- Serat
- kalsium
- Magnesium
- Kalium
- Zinc
- Selenium
- Kuprum
- Phosphorus
- Biotin
- Riboflavin
- Niacin
- Zat Besi
- vitamin E
- antioksida yang tinggi
Almond juga mengandungi kandungan lemak yang tinggi, tetapi 90% daripada lemak tersebut merupakan lemak tidak tepu (unsaturated fat). Lemak ini sangat diperlukan oleh badan kita.
Nah... pagi pagi , kasi anak anak sorang 3-5 biji almond dulu sebelum diorang nak makan makanan yang punya karbohidrat tinggi. Atau jika malam sejam dua sebelum nak tidur , kasi juga almond beberapa biji. Untuk mereka yang nak bersukan , juga bagus sebagai sumber tenaga dan juga mempunyai khasiat untuk otot.
Mana nak beli almond ni ? Almond mahal ? Gi kedai Arab atau kedai organik. Biasanya mereka ada jual almond yang siap boleh di makan . Inshaallah stok boleh tahan lebih 2 minggu. Cubalah amal setiap hari... nanti akan nampak perubahan pada kesihatan kita.
1 comments
Almond sedap. Memang menjadi fav sentiasa.
BalasPadam