Cara tamatkan langganan berbayar aplikasi melalui SMS !

by - Jumaat, Mei 03, 2024

Kisahnya begini.. 

Aku terpikat la dengan satu aplikasi ni ketika aku dok sedang layan media sosial. Aplikasi mengenai carian telefon pintar kita jika kita salah letak di kawasan berhampiran kita. Bila kita tepuk tangan atau menjerit nama dia , dia akan menyahut ! Cool kan ? Ha.. rasa rasa korang leh terpikat tak ? Kalau korang jenis macam aku suka letak telefon pintar merata rata , mesti akan nak install punya. Melainkan kau ada skandal dan pegang hp 24 jam... hahahaha... takkan letak merata rata punya laaa...kan kan ?

Lepas install melalui Google Play , keluarkan sedikit arahan. Dia suruh masukkan nombor telefon kita untuk login. Takda sebarang password pon. Aku was was gak awalnya. Terus aku masukkan nombor  telefon Digi aku yang tak beberapa digunakan tu tapi guna line postpaid ! Kira bayar guna bil gitu. 

Lepas tekan je enter , nah,... mai satu sms ! Dia kata kita dah auto langgan Hugama Music App ! Abah dia laaaa !! Terus aku unsintall aplikasi tadi tu. Tak lama kemudian , datang lagi mesej kata aku kena charge RM3 untuk seminggu !



Cilakak tul laa ! Aku nak deactivate dengan tekan link tu tapi link tu tak berfungsi ! Ah, sudah.  Camana aku nak batalkan ni ? Aku check di Google Play, memang takda apa apa langganan.  Aku biarkan je la dengan harapan dah uninstall tu , ok dah la.. 

Minggu berikutkanya.. dapat lagi mesej ! Kena charge RM3 ! Abah dia betullaah.. Camana nak buat ni?? Dan minggu ni aku dapat lagi. Cukup dah 4 minggu. Aku rasa kena gi Digi Centre gak ni. Atau buat report kat bahagian aduan di aplikasi Digi. Aku belek belek aplikasi  tu. Hurm.. aku rasa call lagi mudah kot. 


Aku try call.. hampeh. Tak masuk ke operator pun. Aku cuba buat report dan tunggu respon. Tak tau la bila. Dan pada masa yang sama , aku cuba google cari jawapan. Hurm... Terbaca satu posting blog mengenai cara cara nak stop langganan aplikasi melalui sms tapi yang berkaitan dengan aku ni takda la infomasinya. 

Tak pe tak pe.. aku cuba nasib. Aku send STOP ALL di mesej yang aku dapat tu. Dan... 



Nasihat aku... tak payah la nak install app yang takda penting pun ! Nasib terbang RM12 jer. Kalau beribu ???? Jenuhhhh... 

Tak perlu dah nak gi Digi Centre..

You May Also Like

2 comments

  1. Salam,nk tnya lepas buat stop all tu mmg tak renew dh ke?sbb sy pun kena mcm ni..

    BalasPadam