BEN ASHAARI




Banyak kali dah aku ditanya mengenai bayaran blogger oleh blogger ! Camana nak dapatkan income dari blog dan bagaimana nak minta dibayar melalui kerja kerja yang mereka buat. Hurmm.. Aku tak suka tulis sebenarnya. Aku lebih suka duduk borak dan bertukar pandangan. Sebab apa begitu ? Aku malas nak berbalah di media sosial. 

10 tahun dah aku di dunia media sosial. Pernah sebilik di Korea dengan blogger terkenal Malaysia yang lebih awal berblog dari aku dan pendapatanya berganda lumayan dari aku ! Beberapa hari bersamanya , macam macam cerita aku dapat dan juga tips mengenai dunia blog. 

Ada beberapa jenis blogger di Malaysia ni :

  1. Bekerja profesional sepenuh masa dan blog cumalah hobi di masa lapang.
  2. Blogger separuh masa dan ada kerja kerja sendiri seperti agen insuran dan sebagainya
  3. Blogger sepenuh masa dan pendapatannya dari dunia media sosial.
Blogger kena bijak ! Dari dulu lain , ramai blogger kena pijak ! Aku antaranya. Bila dah sedar , aku tukar cara aku dan ianya berhasil ! Alhamdulillah.. Tak kaya tapi boleh la sara anak bini dengan hasil dari penulisan maya aku. Bukan bertaraf profesional tapi punya tarikan tersendiri. 

Ok.. Sebagai blogger , kena tau yang mana boleh percuma dan mana yang kena bayar ! Tapi sebelum kita nak demand sebarang bayarang atau pun token ,  pastikan kita punya level di mana ! Zaman ni populariti amatlah penting. Tak kira blogger , instafamous , Youtuber , Tweeter, streamer, ghost writer dan apa jua gelaran di media sosial , perlu ada populariti ! Jika anda popular , tak perlu dah nak tunjuk sebarang bukti. 'Mereka' akan cari korang sendiri. 

Bagaimana pula jika tak popular ? Sediakan bukti ! Apakah bukti itu ? Ok.. buat satu profile khas dan juga rate card. Tulislah infomasi yang penting di dalamnya. Antarnya , trafik blog harian dan bulanan. Job job yang pernah korang terima dari brand terkenal. Letak juga jumlah followers yang korang ada. Tak kira la FB , IG , Twitter , Youtube dan sebagainya. Bagi bukti jika ada. Jangan main taruk angka tanpa sebarang bukti. Cari pasal namanya.

Alasan network ? Ececece... Korang bila gi event , pertama sekali cari kawan kawan blogger ! Pastu duduk sembang borak ! Ada ke gi jumpa PR atau tetamu yang lain kemudian berbual santai dan bertukaran kad perniagaan ? Ada ??? Tak ramai buat gitu. Maka itu bukanlah mendapatkan network. Tapi gi untuk tolong 'mereka' promote event tu jer.. Rugi dah kan ?


Jika ada kedua dua ni , korang boleh demand bayaran ! Jika tiada ? Jangan risau.. Korang boleh lagi dibayar jika pandai berkomunikasi. Camana ? Tanyalah mereka yang offer job tu pada korang. Jika mereka menghubungi korang , pastinya korang seorang penulis yang bagus ! Mereka nak gunakan khidmat korang tu ! Takkan percuma ??? Melainkan jika tawaran diberikan tu berbaloi ! 

Berbaloi ? Camana berbaloi tu ??? Makan jer ok tak ? Ke dapat tidur di hotel ? Atau dapat gi jalan jalan ? Secara jujurnya , aku akan tengok offer tu datang dari sapa? Jika agensi PR , aku akan tanya bayaran sebab mereka pun akan charge client mereka. Diorang pun nak ada gaji dan nak bayar gaji pekerja mereka. Takkan free kot ? Kalau mereka dibayar , kita camana lak ?? Melainkan offer tu menarik.. Contohnya makan di tempat yang gempak gempak dengan kos yang berbaloi.. trip melancong ke luar negara atau dalam negara di lokasi yang kita memang impikan ! Nah.. ini berbaloi..

Dan jika datangnya dari mereka yang tidak bekemampuan seperti baru buat bisnes atau bajet mereka ciput , ini terpulang kepada budi bicara korang dan cara mereka approach korang.  Sedekah. Niatkan gitu jer. 

Seperkara yang perlu korang tau... bila korang demand bayaran bermakna korang kena berikan yang terbaik buat mereka. Dan ini yang penting ! Kebanyakkan blogger suka janjikan mereka boleh berikan pulangan yang tinggi ! Kononnya jualan akan lebih tinggi dan client korang akan untung besar ! Atau client korang akan harapkan sale akan lebih tinggi ! Korang kena fahamkan tugas korang cuma buat promosi dan awareness ! Jika mereka harapkan keuntungan , minta mereka gi ke TV atau Radio mahupun pasang je papan iklan di tepi jalan ! Kalau setakat bayar RM100-200 pastu harap untung besar , lebih baik kita beli je produk tu dengan harga borong dan kita jual sendiri ! Lagi untung begitu !! Kan ? 

Panjang nak tulis ni tapi aku pendekkan.  Banyak entri nak kena tulis ni ! Huhuh.. Rezeki.. Alhamdulillah.  Akhir kata... jadilah blogger yang bijak.  Jangan dikerah korang punya kreativiti tapi korang tak dapat apa apa !  Dapat syok sendiri jer ! Yer , aku dah rasa 9 tahun lepas menda ni. Sampai satu masa , korang terfikir... 

Anak di rumah ditinggalkan. 
Masa terbuang. 
Bil internet kena bayar. 
Handphone problem. 
Terkejar masa nak update blog.
Duit tol , petrol..
Duit pengasuh.. 

Mau bijak la skit yer. Kalau win win situation , pastikan pihak terbabit mempromosi korang juga. Bukan amik hasil korang pastu post di page mereka tanpa sebarang kredit pun ! Bila viral .. korang nak kata apa ? Tu aku punya tu ? Tapi apa bukti ? Page tu yang dapat untung .. korang ? 

Berbakti atau nak buat khidmat masyarakat sekali pun... kena selidik latar belakang ! Jangan telan air liur bila dengar atau baca , Youtuber  masyuk ... Instagrammer masyuk.. Tapi blogger ? Syok sendiri !
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Tayar kereta botak ? Dan sampai masa untuk tukar ? Aku tahu.. korang mesti nak cari kedai kedai tayar yang boleh bertolak ansur dan berikan diskaun hebat termasuk bab bab teknikal tayar seperti alignment dan balancing serta upah tenaga kerja !

Bagi mereka yang tinggal sekitar Shah Alam dan juga yang berhampiran dengannya, aku cadangkan korang ke Supremo One Stop Centre di Seksyen 15.

✅FOC Alignment
✅FOC Tyre Balancing
✅FOC Full Car Wash
✅FOC Labour Fees

Amacam ? Tak menarik ke ??? Aku dah try pergi sini dan buat pemeriksaan tayar. InshaAllah , akan tukar dalam masa terdekat sebab diaorang kata tayar aku masih boleh pakai ! Sila baca artikal yang pernah aku tulis di : 

Pemilihan tayar kereta bergantung pada jenama atau bunga tayar ?

Sekali paku melekat kat tayar aku da !! Nasib baik ada Supremo One Stop Centre !

Tukar tayar murah di Shah Alam, pakej safety bar Ultra Racing







Kalau nak tau jenis atau jenama yang terlibat , korang boleh terus ke Facebook mereka. Segalanya ada di sana ! 

Facebook : Supremo One Stop Centre
Instagram :  @Supremo One Stop Centre
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku sering tercari-cari tempat makan yang best dan beraneka pilihan. Tapi tak nak masakan dari orang bukan tempatan dan masakan barat ! Arghh... boring boring boring ! Nak makan masakan tempatan dalam bentuk santai. Haa... ni yang sering aku cari dan payah nak jumpa walaupun ada ! Mungkin tak viral atau aku yang tak tau. Heee.. 

Nah, di Seremban.. Ada satu port baekkk punya untuk kaki makan ! Boleh aku katakan , berbaloi giler la kalau korang ke sini ! Tarak menyesal punya. Bersih satu hal.. macam macam ada tu satu hal lagi ! Dan nak lagi syok , kalau korang datang beramai ramai , kasi open satu table dan beli semua yang kelihatan sedap di situ.. kasi letak atas meja dan makan berjemaah. Kat situ , boleh ! Takda sapa nak larang. Kau boleh beli dari kedai lain , makan di meja kedai lain. Takda sapa nak marah kau punya ah !! Menarik kan ?

Sejujurnya , aku lupa nak amik gambar makanan ketika berada di sini. Bukan apa.. semua nampak sedap sangat ! Tak sampai hati nak letak sekeping dua gambar makanan walhal semua sedap. Yang menariknya , masakan tu original orang Nogori punya. Kau boleh rasa perbezaan ! 

Tapi kalau korang tanya aku apa yang sedap.. korang leh try satay , laksa , mee kari , gulai tanjung , sup kambing , nasi lemak pisang , pepes , ayam percik , tauhu bergedil , roti john , apam balik , mee rojak , yong tau fu , nasi goreng sardin.. eh , banyak laaa makanan kat sini ! Korang cuma kena bayar jer. KFC pun ada haa ! Cantik je bangunan dia ! Hahahaah.. 

Dan kalau korang suka bergambar , nahhh... bersepah mural murah menarik di sini ! Amiklahhh... seberapa banyak gambar korang nak ! Takda sapa nak larang. Cun cun mural dia dengan identiti tersendiri. 

Oh ya... gerai gerai di Benteng Walk Seremban ni di buka seawal 530 petang dan berakhir pada jam 3 pagi.... setiap hari ! Huhuh... kalau nak cari makanan atau melepak beramai ramai tanpa buat kecoh , silalah ke sini.. Ada busking lagi ! Jangan lupa sedekah sikit naaa.. Heee..









Best kan ? Haaa... aku kata dah !
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sejujurnya , memang aku cari produk mandian bagi mengantikan Cosmoderm yang selama ini aku pakai. Kenapa aku tak guna dah ? Haa.. tu panjang ceritanya. Tak kisah la. Yang penting sekarang , aku dah jumpa satu body wash yang boleh aku pakai dari kepala hingga ke tumit ! Tak perlu dah nak beli shampoo dan pencuci muka ! 

Pada awalnya , aku ingat AZYMA Care Clay Body Wash ni sama cam produk produk yang viral di media sosial masa kini. Tapi rupanya ada kelainan ! Tu yang menarik minat aku untuk duduk lama dan mendengar satu persatu akan kelebihan produk ni bersama pemiliknya. 

Bila dia kata body wash AZYMA Care ni ada kandungan tanah liat , aku cam.. wow ! Mesti power ni. Packaging dia pun dah menarik ! Warna dia , oren.. warna feveret aku tuh ! Hahaha.. Dan bau dia.. Fuh , teringat akan satu produk yang aku suka guna ketika remaja dulu. Bau citrus ! Tapi baunya tak la pekat sangat. Sedang sedang sedapnya.  Serius , sabar nak balik dan cuba. 



Rahsia di sebaliknya cukup mengagumkan aku ! Tanda tanda produk Islamik.




Aku dah cuba guna pada Qhaliff , Zahra dan Aariz. Masing masing mandi dengan seronoknya. Siap shampoo kepala terutama Aariz. Biasanya dia akan menjerit tak nak ! Tapi kali ni , tenang jer dia. Bila aku pakaikan kat kepala dia , aku biarkan turun ke muka. Nak tengok pedih ke tak. Dia tak menjerit pun. Begitu juga Zahra dan Qhaliff. Alhamdulillah.. 

Dan kandungan dia... bukan calang calang  ! AZYMA Care mementingkan kualiti. Mengutamakan kepuasan pengguna berbanding keuntungan. Harga setanding dengan kandungan yang terdiri dari bahan semulajadi seperti bungaan dan tanah liat. Apakah kelebihannya ?

Tanpa Diethanolamine
Tanpa Parabens
Tanpa Silicones
Tanpa Synthetic Colourant
Tanpa Lyral (Fragrance)
Tanpa No Animal Ingredients





Aku tak jual yer.. Kalau korang nak tau lebih lanjut , 

Facebook : https://www.facebook.com/azymacareHQ/
Web : https://www.azymacare.com/
Whatsapp : 019-7760647

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Tadaaa.... yer, aku dan ramai lagi rakan rakan dah guna kanta Alpha Blue 420 ni. Tak caya , cuba la Google tajuk Alpha Blue 420 ni ! Haaa , dan ternyata mereka berpuashati ! Harga ? Pergh... jangan tak caya laa dengan harga dia ! Murah wooo !! 

Ok..Korang layan video ni dulu.. Tengok sendiri naaa ! Ajak kawan kawan tengok sekali. Pastu kasi share sekali la.. Ramai nak buat cermin mata anti silau dan anti blue ray ni tapi risau harga mahal. Kali ni , tak yah risau.. harga cun punya! Pergh.. macam aku punya kedai lak.. Hehee.. tapi serius, kalau nak.. pergi jer. Cakap je ' Ben Ashaari yang suruh datang ! ' , InshaAllah.. dapat harga cun punya. 



Amacam ? Korang boleh baca di penulisan aku yang lepas ni , Cermin mata murah , kanta Alpha yang anti silau dan halang sinar biru selesaikan masalah rabun aku !

Kat mana nak beli ? Bagi mereka yang ada di sekitar Kuala Lumpur ,  bolehlah ke Sungei Wang Plaza , Bukit Bintang.  Kemudian gi ke Level G . Pastu cari kedai ni yang terletak di lorong di sepanjang kedai kedai cemin mata di situ. Ada banyak kedai kat situ. Tapi aku syorkan gi dulu sini sebelum korang nak tengok kedai kedai lain. Memang banyak kedai cermin mata kat situ tapi apa yang best ialah , yang berjenama pun korang boleh dapat dengan harga di luar minda korang ! Hahahah.. 

Dan menariknya , aku punya spek yang biasa buat.. berminggu baru siap..kat situ , sejam je settle ! Bingkai aku ni , dah setahun. Aku ingat lagi , aku buat pada harijadi aku tahun lepas. Ni dah masuk setahun. Berkali dah terduduk atas dia. Alhamdulillah , ok ! 



Cari 'Mr,Jun' dan bagitau password tu ! Hahaha.. Dapatlah diskaun ! Atau boleh call mahupun Whatsapp jer ! 

Hubungi  : 

Mr. Jun - 016 3636 464 

Instagram :  Eyes Vision Group

Facebook : Eyes Vision Group 





Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes