BEN ASHAARI




Gi solat Jumaat. Parking jauh dari tempat letak kereta. Kenapa ? Sebab aku 'biarkan' ruang tempat letak kereta yang berdekatan masjid pada yang lebih memerlukan. Tapi sejujurnya , nak berjalan ke masjid dari tempat aku letak kereta tu , agak jauh dan berpanasan. 

Nasib baik aku guna cermin mata kanta transition ni. Ala, yang boleh tukar gelap. Ingat lagi aku pernah nak buat kanta begini. Harga dia.. perghhh ! Berdarah hidung weh ! Mahaiii. Tapi sekarang tak dah ! Mampu bayar dan menariknya, siap ada kanta jauh dekat sekali gus. 

Aku ulangi... satu spek boleh buat tukar gelap, jauh dekat dan anti silau ! Haaaa ! Tu diaa.. Kalau malam masa memandu, boleh tenang la mata  tu bila disuluh dengan lampu putih atau lampu tinggi. Kalau tidak.. mau mengelupur jap la ! Buta beberapa saat. Sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan. 

Frame ? Macam macam ada. Bagitau je frame apa korang nak. Bajet berapa. Nanti diorang akan bagi beberapa contoh. Jarang sangatlah orang yang masuk kedai cermin mata yang aku selalu pergi ni, akan keluar tanpa buat cermin mata. 

Yang aku guna ni, Under Armour. Lama dah aku cari frame gini. Pakai bila keluar rumah jer. Kalau bersukan, pakai yang satu lagi. Hee.. Kalau tengok tv, pakai yang lain lak. Tu diaaa ! Macam macam ada. 

Boleh dikatakan ramai kawan kawan dan ahli keluarga aku buat kat sini la. Senang nak cerita. Kira service after sale tu bagus la. Gitulah..

Lokasi : G096, Level G , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. 
Whatsapp pertanyaan : Mr June di   https://eyesvisiongroup.wasap.my/

Baca juga : Silau memandu di malam hari ? Ini solusinya dan Buat cermin mata baru di Sungei Wang Plaza










Share
Tweet
Pin
Share
No comments

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 – Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran 2022 dan menyambut kedatangan 2023. Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini. Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.

“Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia.Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka.

Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” kata Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.


Mr.Vach




VERSATILITI PRODUK DENGAN HARGA MAMPU MILIK
Antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai. Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik. Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi kami di www.al-ikhsan.com.

PROMOSI HEBAT SEPANJANG DISEMBER 2022
Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air. Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’. Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com.
 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Lagi 10 hari si isteri akan pulang ke rumah. Tak pe , bercutilah dulu. Memang patut layak dapat. Aku takda masalah pun. Cuma aku kat rumah ni. sedikit kalut pada awal awalnya. Bila segalanya dah teratur dan anak anak mula memberikan kerjasama, segalanya mengikut apa yang dirancang. 

Sesibuk camana aku pun , aku mesti curi sejam dua untuk ke gym. Kat sanalah dunia aku. Besi dan mesin itulah kawan aku. Aku luahkan segala perasaan di situ. Enjoy dengan bermodalkan RM120 sebulan. Tak perlu risau nak bergaduh , mengumpat atau berbalah dengan sesiapa. Layan sorang sorang.. penat , balik ! Mudah.

Pastu aku kembali sibuk dengan rutin. Basuh baju, jemur baju dan kali ni, aku kena lipat sekali. Jangan biarkan menimbun. Begitu juga di dapur. Jangan susun tinggi pastu baru nak lipat. Pening kepala tengok. Mulalah pastu nak hangin bagai. Jangan jangan.

Begitu juga di dapur. Kalau dah memasak tu, terus je basuh pinggan mahupun periuk. Ajak anak anak tolong. Didik dari sekarang. Bagitau kenapa diorang kena tolong. Jangan tunggu besar baru nak suruh. Tak jalan dah sangat masa tu.

Penat tapi aku bukan bapa tunggal. Wira tunggal adalah ! 



Bab makan sebenarnya yang agak sedikit payah. Terutama pagi dan bekal untuk si Zahra. Qhaliff , takda masalah. Dia bawa duit kalau takda bekal. Memandangkan sehari dua je lagi nak sekolah, maka aku kasi duit je la. Cuma sediakan sarapan pagi dulu. 

Zahra biasanya kena sediakan bekal makan. Kalau kasi duit, dia tak beli makanan. Dia ke kedai buku. Beli buku tulis. Huhuhu... Ni lain lak perangainya. Dia makan kenyang kenyang di rumah dulu. Aariz ? Dulu dia paling payah. Tapi sekarang, dalam kepala dia... kat sekolah , cikgu sediakan makan pagi. Pra sekolah kan ? Hehee.. Dulu tak nak. Pedas katanya. Sekarang suka sebab makan ngan kawan kawan.



Bila sakit , sendiri la kena ubat diri. Gitulah nasib mereka yang berjuang seorang diri dalam membesarkan anak anak. Aku , sakit kepala sangat sangat. Punca ? Macam macam. Bukan sebab layan anak tapi mungkin kepenatan mahupun sedikit stress dengan kerja mencari rezeki. Alhamdulillah, ada yang lagi teruk ujiannya berbanding aku. 

Aku buat air asam keping. Ini ubat aku jika aku rasa tekanan darah aku naik. Minum secawan dua pastu rehat. InshaAllah ok pastu. 


Melayan emosi si bongsu. Dia paling tenang ketika ibu dia pergi. Seolah olah dia  tak kisah pun. Aku tahu, dia sedang memujuk hati. Perangai dia sama cam aku. Nampak tak kisah.. padahal ?? Tiap malam, dia akan cari pasal dengan kakak dia. Bila menangis , mudah dia tidur. Gitulah dia. Tapi kesian tengok dia. Penyayang orangnya. Kalau ada makanan , dia akan simpan untuk kakak dan abang dia. Pelindung pun ya gak. Tak leh sapa sapa marah abang dan kakak dia kecuali dia. ! Adeh.

Tak pe la.. sehari lagi je sekolah. Pasni kita duduk rumah... rileks.



Ini baru 5% dari urusan yang biasanya dibuat oleh ibu atau ayah tunggal. Belum masuk part hutang piutang melainkan pendapatan bulanan tinggi melebihi komitmen yang perlu dibayar. Jika kurang ? Pening nak cari pendapatan sampingan.  Respek mereka ! Jenis yang benar benar bertanggungjawab ! Yang benar benar memikul segala amanah dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan selain memastikan amanah Allah ini membesar dengan baik agar menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara. 

Tu belum part nak ajar anak anak ! Jika mereka bakal hadapi ujian peperiksaan penting ? Aduh.. camana nak ajar mereka ? Takpe.. part ni jangan risau ! Kita masih ada pilihan. Boleh je tengok segala infomasi di RelyEdu ni. Dengan harga berpatutan , anak anak kita tak sepatutnya dibiarkan ketinggalan dalam mencari ilmu dunia dan akhirat. Inshaallah.. 


Jom daftar sekarang di www.relyedu.com atau boleh hubungi ReLY Support Team di
Wasap.my/60192292022



Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Penerbangan dari KUL patut dah tiba. Tunggu mesej kat Whatsapp , tak ada apa apa ! Sunyi. Tengok jam , dah lebih masa. Apa dah jadi ? Risau ! Anak anak tanya. Dah sampai ke belum ?? Hurm.. " Belum. Patut dah sampai. " jawab ringkas. 

Nak check ngan sapa ?? Teringat baru baru ni ada satu kes yang aku follow di Twitter mengenai penerbangan seorang VVIP luar negara , aku terus Google mencarinya. Aku masukkan nombor penerbangan di ruangan kosong Google. Kemudian klik.

Keluar beberapa pilihan dan aku pilih FlightStats ni. Kemudian details penerbangan ada di situ lengkap. Aku perhatikan bahagian ketibaan di sana. Kenapa jauh lari masa ??? Aku check masa di sana. Dia patut tiba jam 5 pagi waktu sana tapi berubah menjadi 9+ pagi. Apa kes ??? Takkan dia ada transit mana mana ? Setahu aku takda la pulak. 


Aku klik LIVE TRACKER MAP. Boleh caya ke LIVE ni ? Ke ada delay masa ? Aku zoom in kapal terbang tu. Bergerak ! Laluan asal berubah ! Apa kes kat sini ?? Tiba tiba berpatah balik. Jauh lak tu. Iskhh... semoga takda apa apa berlaku. 

Alhamdulillah.. Kapal terbang pun dah masuk ke ruang udara Eropah ketika aku  tengok tu. Cuma tak pasti apa yang berlaku. Kalau tengok dari peta tu, di ruang udara Afganistan. Mereka berpatah balik ke arah India/Pakistan. Hurm..

Tak pe la.. Tunggu je. Dan aku tetap ikuti penerbangan tu setiap setengah jam. Aku nak tengok apakah LIVE TRACKER MAP ni betul betul tepat atau tidak. 





Dan akhirnya mendarat. Aku tunggu dalam 10 minit. Dia hantar mesej. Dia bagitau dah selamat tiba. Alhamdulillah. Katanya ada kecemasan dalam kapal  terbang. Terpaksa ke Lapangan Terbang Chennai untuk hantar orang ke hospital. Masa tu jam 6 pagi waktu Malaysia. Maka 17 jam dia dalam kapal tu.Berlengas le jawabnya. 

Apa pun.. segalanya dah selamat. Dan dia berjaya menjejakkan kakinya buat pertama kali ke bumi Eropah , seorang diri ! Tu gunanya kursus yang dilaluinya satu ketika dulu. Membina jati diri. Kalau tak, mau mengelabah gak la gi sana sorang sorang. 

Baca juga entri INI.

Info : www.relyedu.com 
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Dua perasaan aku dah alami. Ketika aku meninggalkan pergi dan kali ini , ditinggalkan pergi ! Bersama pakej !! Hee.. biasanya aku bawa diri jer. Kali ni, kena jaga anak anak untuk satu jangka masa yang agak panjang. Sebelum ni , paling lama pun 2 hari je. Kali ni, 2 minggu lebih.  

Alhamdulillah.. urusan sang isteri dipermudahkan Allah. Walaupun ada kesukaran pada awalnya, tapi segalanya dapat diatasi dengan kesabaran. Yer, sabar ! Tu penting. Kalau tak sabar, banyak kerugian di situ. Orang sabar pun boleh jadi Perdana Menteri mahupun Menteri ! Haa.. eh , malas nak masuk cerita politik. 

Bagi aku , ni peluang untuk wife 'berehat; selepas berbelas tahun berkerja di sektor awam. Dia pun tak pernah merasa pergi luar negara. Paling jauh , negara jiran jer.. tu pun tak sempat nak berjalan. Gi esok, lusa balik. Gitulah...Sebab tu aku benarkan je dia pergi tengok negara orang. Asyik dengar aku cerita jer kan..




Antara amanat yang ditinggalkan untuk kami. Hee.. dengan anak anak , jangan gaduh gaduh dan buatkan daddy stress ! Dengan suaminya , cam biasa la.. Jaga rumah elok elok. Jaga anak anak.. Jangan stress stress dan banyak lagi.. 

InshaAllah.. heee..



2 minggu ! Fuh... yang merisaukan aku ialah baju baju ni sapa nak lipat ? Hahahaha.. Lipat sendiri ? Adeh.. seharian berlari sana sini termasuk gi gym, malam nak lipat kain.. memang ngan aku aku sekali terlipat ! 

Bab makan takda masalah. Heee... Nasib baik la minggu depan cuti. Boleh gi umah adik beradik. Oh ya, cuti sekolah nak buat apa ? Takkan nak tengok anak anak abiskan masa dengan bermain je kan ? Nak ajar , kita pun kekadang penat. 

Tak pe.. aku leh bantu. Mana la bermanfaat.. kan ? Baca di Apa Nak Buat Cuti Sekolah Nanti ?





 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes