Aariz diserang batuk berterusan !

by - Khamis, Julai 20, 2023

Minggu lepas , seminggu tak datang sekolah. Mula batuk batuk lepas Raya Haji. Alhamdulillah , tak demam. Cuma batuknya tu kekadang macm ada kahak, kekadang kering ! Selsema sesekali je menyerang. Malam hari , suhu badan sedikit panas. Paling tinggi 37 jer.

Aku buatkan ubat alami sebelum kasi ubat batuk untuk dia tidur awal.. rehatkan paru paru. Kalau tidak, asyik nak bermain je ngan abang kakak dia. Pastu batuk batuk sebab banyak ketawa, cakap dan menangis. 

Jumaat dah ok.. gi sekolah. Hari Sabtu , dia kembali batuk batuk. Aku rasa dia kena macam aku. Tekak rasa gatal je. Aku kena gak baru baru ni. Wife pun sam sampai kami hilang suara !  Aku minum air halia ditambah ngan kunyit dan madu. Alhamdulillah.. redah. Wife pun. Cuma batuk sesekali menyerang bersama kandungan kahak. Tapi kejap je la. 


Minggu ni, batuk Aariz sedikit mengancam. Semalam bawa gi klinik check. Doktor check paru paru dia. Katanya paru paru ok.. takda masalah. Tekak pon tak merah. Elok jer. Katanya tekak tu yang ada macam gatal membuatkan dia terbatuk memanjang.. pastu bila stop , dia stop lama.. Sebijik macam aku. Suara dia pun dah hilang gak baru baru ni. 

Aku tanya doktor.. dia boleh gi sekolah ke ? Kata beliau , boleh tu boleh .Tapi jika dia batuk berpanjangan , cikgu akan panggil mak ayah jemput anak ke sekolah. Jadi macam takda guna gak la nak gi sekolah. Betul gak kan ? 

Dapat la cuti sehari lagi. Balik rumah... aku kasi dulu air halia dicampur madu sebelum kasi ubat batuk dan selsema. Dan tak sampai sejam, dia dah mengantuk dan lena tidurnya. Tiada kedengaran batuk dan selsema dah. 

Cuma hari ni.. aku kasi dia rehat sebab ada MC. Dan di grup whatsap.. ramai anak murid tak hadir kerana batuk dan selsema. Apakah tindakan Kementerian Pelajaran ? Paling tidak pun... keluarkan peringatan galakkan murid dan cikgu pakai face mask dan mereka yang tak sihat tu, tak perlu hadir ke sekolah. PERINGATAN ! 


 

You May Also Like

0 comments