Al'Ard , minyak Zaitun asli 100% tanpa campuran !

by - Isnin, Julai 10, 2023

Setiap kali pergi pasaraya, aku termenung bila tengok deretan minyak masak. Bukan apa.. sekarang ni kita tahu dah antara punca pelbagai penyakit termasuk kanser datangnya dari pemakanan kita.  Maka aku nak kena pastikan la apa yang aku nak suap pada mulut anak anak aku ni , bukan dari makanan tiruan atau palsu ! 

Lambakan barangan palsu atau tiruan di negara kita cukup mengecewakan. Dari dulu lagi ! Pening tengok.. Kalau di Australia atau Singapura contohnya , mereka cukup jaga kualiti dan juga ketulenan produk produk makanan yang masuk ke negara mereka. Kita ???

Nasib baik la sejak Covid 19 melanda , aku banyak buat bacaan mengenai kesihatan. Kena tingkatkan imunisasi badan. Takkan nak harapkan vaksin ? Takkan nak bedal pil pil suppliment tu ! Kena guna cara alami atau asli seperti tok nenek kita dulu la. Mana yang boleh kita tolak , kita tolak tepi. Mengapa perlu makan , kan ? 

Ok..berbalik pada minyak masak. Aku baru dapat tahu minyak masak berasaskan sayuran tidak sesuai untuk tubuh badan.  Apa jenama? Tu korang kena rajin gak la mencari maklumat tu. Kang aku kasi tau, tak pasal pasal kena saman. Hahaha..

Setelah puas mencari dan memilih... akhirnya aku gunakan minyak zaitun dari Palestin, Al' Ard. Produk ni dah menembusi ke pelbagai pelusuk dunia terutamanya negara negara yang menjaga kualiti makanan mereka. Di negara kita ni pun, bukan baru setahun dua dijual. Lama dah ! Biasanya boleh dapat di kedai kedai Arab dan juga kedai produk organik. 

Kenapa aku nak guna minyak masak zaitun ni ? Meh kita tengok apakah khasiat jika kita amalkan minyak zaitun ni. Untuk pengetahuan , minyak zaitun menganduni omega-3, omega-6, vitamin A, D, E, K yang mana bagus untuk :- 

1. Mencegah Stroke
2. Menurunkan Risiko Terkena Penyakit Jantung
3. Membantu Menurunkan Berat Badan
4. Mencegah Sembelit
5. Mengurangkan Risiko Terkena Diabetes
6. Mampu Mengawal Kanser Payudara
7. Membantu Menguatkan Tulang
8. Kuatkan Sistem Imun
9. Membantu Perkembangan Bayi
10. Masker Wajah
11. Membantu Awet Muda
12. Melembapkan Kulit Kering
13. Merawat Luka
14. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
15. Merawat Buasir
16. Neutralkan Insulin Dalam Badan
17. Membersihkan Hati
18. Menyembuhkan Kolon
19. Anti-Keradangan
20. Mengurangkan Jerawat
21. Bahan Pencerahan Kulit
22. Pencuci Mekap di Wajah
23. Merawat Kulit Berminyak
24. Membuang Sel Kulit Mati
25. Memudarkan Lingkaran Hitam di Mata
26. Meningkatkan Keupayaan Seksual
27. Membantu Ketidaksuburan
28. Menyihatkan Kulit, Rambut, Kuku 
29. Membantu Meningkatkan Kesihatan Mental
30. Mencegah Penyakit Alzheimer's
31. Melancarkan Sistem Usus
32. Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
33. Melembap dan melembutkan kulit awet muda
34. Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
35. Meningkatkan fungsi otak
36. Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
37. Mengatasi gastrik

Dan setiap malam , lepas latihan badminton.. Qhaliff akan kelaparan. Takkan aku nak kasi dia nasi lak kan ? Huhu.. Apa yang aku kasi kat dia ? Aku bikin telur goreng ( setengah masak ) untuk dia. Bila ada minyak zaitun ni , aku boleh goreng telur untuk dia tanpa rasa bersalah dan kemudian masukan sesudu minyak zaitun. Memang menaikkan selera dia dan yang penting , bila dia bangun tidur... dia segar molek ! 

InshaAllah.. aku sekeluarga akan amalkan minyak Zaitun Al' Ard ni. Korang yang nak beli minyak zaitun tu , pastikan dari botol gelap ya. Tak kira la untuk masak atau amalan harian. 



 

Untuk belian produk Al'Ard , sila ke  : 



You May Also Like

5 comments

  1. banyaknya kelebihan olive oil ni!! baru tahu olive oil ni banyak kegunaan dan kelebihan dia yg tersendiri

    BalasPadam
  2. Banyak manfaat minyak zaitun Al'Ard ni. Yang pasti original !!

    BalasPadam
  3. memang bagus minyak zaitun ni. btw thanks share

    BalasPadam
  4. Kami pun amalkan minyak zaitun ni 😊

    BalasPadam
  5. Banyak kelebihan minyak zaitun ni... Bagusss...

    BalasPadam