Hala tuju anak anak aku selepas tamat Tahun 6 ?

by - Rabu, Julai 26, 2023


Hurm.... Tahun depan , Qhaliff dah 12 tahun. Sekejap je masa berjalan. Macam semalam je baru aku bernikah. Eh... eh.. Hahaha..Tapi serius , masa bergerak terlalu pantas. Tahu tahu anak anak kita yang dulu dok sibuk kita carikan diapers pakai buang dan stroller , sekarang dah pakat bergaduh setiap kali bersua muka sesama mereka. Huhu.. tahu tahu nanti, umah jadi sunyi sepi.. anak anak dah keluar bekerja. Dah bernikah... berhuhu je la masa tu yer kita. 

Tapi semua tu masih terlalu jauh. Kita fokus satu satu demi masa depan mereka. Buat masa ni, aku nak uruskan mereka part ilmu. Qhaliff , ke mana aku nak masukkan dia nanti ? Sekolah menengah belakang rumah ? Atau ke sekolah khusus ? Dulu aku tak faham sangat la amenda sekolah khusus ni. Zaman aku, aku panggil sekolah budak pandai dan aku bukanlah tergolong dalam kategori tu walaupun aku pandai. Seriuss.. aku pandai  tapi tak nak pandai sebab tak nak masuk sekolah tu. Hahahaa... Masa tu aku sibuk dengan bola sepak jer. Maka pemahaman aku mengenai kepentingan ilmu , kurengggggg ! 

Alhamdulillah.. sekarang maklumat di hujung jari. Ada pulak yang rajin kongsi kongsi pula melalui mesej berangkai. Mereka berminat.. mak ayah berminat. Anak anak berminat tapi sayangnya tak tau saluran yang betul untuk memohon dan bagaimana nak dapat masuk ? Haaa... kan ? 

Mesej terkini yang aku baru terima.. 



INFO KPM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025. Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos - 17 September 2023.
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September - 13 Oktober 2023.
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September - 27 Oktober 2023.
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 - 13 Oktober 2023.
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 - 27 Oktober 2023.

Berminat ! Tapi.... mampukah anak anak ? Layakkah anak anak ? Diorang berminat dan berkelayakan cuma tak yakin... tak tau dan takut ! Hurm.. camana eh ? Sekolah apa yang sesuai untuk mereka ? Dan paling penting , apakah persediaan untuk mereka nak memohon untuk kemasukan ? 

Nah... jangan risau ! 
 




Jangan risau‼️ Masih belum terlambat lagi untuk pulun.  Jom bersama Guru guru pakar Kami di MMU Cyberjaya pada 29 & 39 Julai ini. Pelbagai Tips & Teknik akan dikongsikan.  Tapi , kami yang tinggal jauh jauh ni , camana pulak ?  

Jangan risau.. mereka dah fikir awal awal.  Online zoom kan ada.  Kalau mak ayah berminat.. para pelajar berminat , nah , klik SINI dulu. Nanti diorang terangkan di sana..... 

Semoga bermanfaat... 

You May Also Like

2 comments

  1. JOM SERTAI KELUARGA BESAR FLY... SAMA2 KITA TARIK TANGAN SERAMAI MUNGKIN UTK MEMBOLOSI PAGAR SBP DAN MRSM

    BalasPadam
  2. Anak anak kita perlu memilih untuk apa yang mereka minat. Kit sebagai ibu ayah boleh galakkan mereka untuk memilih yang terbaik untuk masa depan mereka .

    BalasPadam