Santai bersama anak anak di Puchong Go Kart , Puchong.

by - Isnin, Julai 03, 2023


Lama dah si Qhaliff ajak main go kart. Ketagih dah dia. Kali pertama dulu main kat Sendayan. Sejak tu la dia dah berani nak main. Kalau tidak , mana bisa dia nak naik menda menda gini. Boleh tahan penakut gak la dia ni tapi bila dah sekali main , mula la naik hantu. 

Sejak tu la dia dah berani nak pegang stering. Dan baru baru ni, aku bawak dia dan adik adik dia ke Puchong Go Kart. Tak jauh pun dari Sepang. Dalam  30 minit gak la. Waze je Puchong Go Kart atau Puchong Sport Centre. Bersebelahan je diorang. Kiranya lepas main go kart , boleh layan badminton lak. Aku nasihatkan , gi pagi la.. buka dalam jam 11. Kalau malam , ramai sangat. 

Trek kat sini, sesuai untuk berlumba la. Mereka yang berhati remaja tu, boleh la datang berlumba kat sini. Untuk kart keluarga, setakat ni ada satu je. Tapi kelajuannya sama la macam single. Takda la slow macam kat Sendayan tu. Heee... Kira boleh memecut gak la. 

Harga tiket untuk satu pusingan yang memakan masa 10 minit , berbaloi la bagi aku. Sarung muka kena beli. Korang boleh tanya sendiri la masa nak booking tu. Kalau walk in , macam aku kata tadi.. gi la pagi. Malam hari aku takut korang melopong je tengok. Heee..

Sebulan sekali lepas stress bersama anak anak kat sini , ok la. Diorang pun enjoy dapat memandu laju kat sini. Trek pun terurus. Best ! 

Booking : 016 353 2118

Sila ikuti peraturan yang ditetapkan demi keselamatan

Jom layan video ni jap. Sebarang pertanyaan , korang boleh terus whatsapp atau hubungi mereka di Instagram mahupun Facebook mereka. 

Facebook : Puchong Go Kart
Instagram : Puchong Go Kart
Whatsapp : 016 353 2118
 

You May Also Like

0 comments