32 gelanggang badminton di Puchong Sport Centre. Puashati kau !

by - Ogos 23, 2020

Menarik ! Kemas ! Tersusun ! Menarik ! Eh.. dah sebut tadi. Luasnyaa !  Haaa ! Itulah yang terluah ketika aku masuk ke dalam Puchong Sport Centre ni. Tak jauh pun dari rumah aku, Sepang. Dalam 38KM jer. Ok la kan ? Bukan nak gi waktu sesak pun kat sini. Gi pagi atau malam.

Patutlah dia beria suruh pergi main badminton kat sana. Jangan lupa bawak famili gak tau ! Katanya. Huh... Suka la Qhaliff ! Lama dah tak main badminton. Aku rasa skill dia mesti dah hilang punya. Hehehe.. Senang nak belasah nanti. Hahahah..

Waze Puchong Sport Centre


Bukannya takda tempat main badminton kat Sepang tu tapi selalu penuh. Aku nak gi tempat yang anak anak pun boleh bermain tanpa perlu risau orang jeling bagai. Hahahaha.. Jauh skit pun tak pe la.. asalkan diorang dapat bermain badminton bersama. 

Di Puchong Sport Centre ni dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Ada 32 gelanggang badminton ! Amik kau haaa... Banyak giler.



Dah buat booking. Sebut je nama terus dapat court nombor berapa. Staff pun muka tak ketat. Bertugas seorang je tapi mesra. Bagus staff gini. Ada tempat aku pernah aku pergi , staff ketat je muka. Nak tanya pun takut. Bukan takut kat dia tapi takut aku maki dia je ! Huhu.. Geram wehh.. 

Aku terus letak beg dan terus ke tandas.. Aku suruh wife dan anak anak main dulu. Saja nak check tandas. Bersih. Nak mandi pon takda nak segan segan. Hahaha... Bawak je peralatan mandian sendiri.







Gelanggang lebih selamat dan mantap gitu. Pakai kasut sukan yang bersesuaian sebelum bermain.Tak da? Tak pe.. Ada kedai jual peralatan sukan jenama YOUNG. Harga ok la.. Nak repair tali putus pun boleh. Beli raket baru pon boleh. Eh , semua boleh la. Hahaha.. Air pon ada jual dalam ni. Ok la kan ? Sesuai sangat tempat ni kalau buat tempat pertandingan hujung minggu. Besar kau... sekejap je selesai kalau buat tournemant. Kan kan ?





Kat sini pun ada kelab badminton remaja. Boleh la nak antar anak anak ke sini hujung minggu. Terpulang la nak serius atau tidak.. hehehe.  Ikut kemampuan masing masing..


Amacam ? Menarik ? Senang nak access sini. Tepi highway jer. Abis je main badminton, leh lepak kat Putrajaya lak... Heheheh

Tapi sebelum nak datang.. pastikan buat tempahan dulu , ok ! Jangan main redah je.. Kot kot la takda gelanggang kosong. Tapi kalau takda pon , leh tunggu. Leh lepak kat luar.. ada tempat duduk. 



Harga Promosi : RM28 untuk 2 jam bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam. 
Selepas jam 8 malam : RM24 sejam. 
Lokasi  : Jalan Puchong Utama 2
Puchong, Malaysia
Waze : Puchong Sport Centre
Tel : 010 829 6639

Puchong Badminton Centre

You May Also Like

15 comments

  1. Ada kesempatan nak singgah gak. Nampak menarik betul court .

    BalasPadam
  2. wah besarnya...dekat dah dgn rumah tempat ni..

    BalasPadam
  3. Pemiliknye pun pembersih. Tempat bisnes semestinya bersih. Sedikit yang bersih tandasnya. Memang terbaik... Rasa tak gelilah kalau nak mandi.

    BalasPadam
  4. Perfectnya sport centre ni.. Semua ada. X payah nk pening kepala..

    BalasPadam
  5. Menarik...best gak ni kalau bawak anak anak pi situ. Aktiviti sihat utk satu family.

    BalasPadam
  6. Luas betul tempat dia, best betul

    BalasPadam
  7. Terbaik....

    BalasPadam
  8. Wahh bestnya.. Tak jauh gak dari rumah ni.. Bolehla ajak family dengan kawan kawan datang main badminton kat sini..

    BalasPadam
  9. Minggu depan nak main badminton kat sini laaa

    BalasPadam
  10. Memang besar dan cantik...sesuai utk berfamily...

    BalasPadam
  11. Macam menarik. Gelanggang pun elok. Banyak gelanggang tu.

    BalasPadam
  12. Gila best.. Lama dh tak main badminton..

    BalasPadam