Kenapa aku 'hilang selera' terhadap Samsung Note 20 terbaru tu ?

by - Jumaat, Ogos 07, 2020

Hurm... aku memang peminat setia Samsung Galaxy Note ni dari dulu lagi. Aku suka sebab ada S Pen tu. Sangat banyak manfaatnya. Bila ada S Pen , mesti ada aplikasi yang gempak dalam tu berbanding jenis yang lain. Dan akhirnya aku guna gak... Samsung Note 9. 

Bila keluar Samsung Note 10 , aku tergedik nak dapatkan. Hahahaha.. Tapi tak jadi dek kerana kurang menarik minat aku dan terlalu dekat jarak dengan Note 9. Maka aku nekad tunggu setahun lagi untuk tunggu keluaran seterusnya. 

Dan 5hb Ogos ari tu. Samsung secara rasminya melancarkan Samsung Note 20. Huhuh.. Eksaited weh ! Hahahaha.... Punya lama tunggu.. dan... dan... 

Tadaaa... 


Ada beberapa warna dan terus terang dan aku tertarik dengan warna Copper atau Gangsa ni dan juga hitam. Ada juga warna hijau dan juga kelabu. Tak berani nak kata tak cun sebab aku tak tengok depan depan lagi. 

Ok.. kenapa aku hilang selera ? Mula mula ada kawan di Facebook bagitau mengenai chipset dia. Hurm... Aku tak kisah sangat pon pasal chipset dia tu sebab aku bukan pengemar games. Tapi semalam , aku buat sedikit kajian. Aku baca komen komen di page Samsung . Rata rata bercakap mengenai chipset tu. Dan aku google. 

Untuk Samsung Galaxy Note 20 ni , Samsung ada keluarkan dua versi. Satu versi Snapdragon   , untuk pasaran USA dan Exynos untuk pasaran Malaysia. Tak dinafikan apa yang diorang kata mengenai chipset Exynos ni.. mudah panas , cepat abis bateri dan kurang laju berbanding Snapdragron. Dan chipset ni pun beri impak pada kamera ! Haa , bila part kamera, aku terus lemah ! Hahaha.. Ni part penting bagi aku ! 

Aku cari video perbandingan dua chipset ni di Youtube. Ada ! Dan yeargh... Patutlah ramai boikot Samsung Note 20 ni ! Kata mereka, Samsung tak sepatutnya buat begitu pada peminat Samsung Note di Malaysia. Kenapa perlu ada 'kasta' gitu ? 

Sayangnya... Samsung Galaxy Note bagi aku adalah telefon pintar yang cukup pintar. Tapi bila ada isu begini , hurmmm... Mati pucuk nak beli dah ! Hahahha.. Dah la harga pun gempak ! Hahahaha.. Nak tak nak, aku guna je la Samsung Note 9 aku ni dulu hingga rosak. 

Er.. kalau Samsung nak kasi free ? Eh.. gila tak nak ! Hahahaha.. Amik je la.. 


You May Also Like

10 comments

  1. tgk juga spesifikasi dia nmpk gempakk..harap tak tergoda takut rabakk poket hahaha

    BalasPadam
  2. Hahahaha kan..dpt.free.gila tak.nak🤭

    BalasPadam
  3. Kita mampu tengok jela setakat ni. Bila ikut kemampuan.. Hehhe

    BalasPadam
  4. haha..kalau free nak je..beli taknak. takpe tunggu lagi kluar note baru.hehe

    BalasPadam
  5. Harap kalau dapat free tu dapat dua..boleh PC ngendeng satu.Huhuhu.

    BalasPadam
  6. saya pun suka dengan Samsung Note, tapi takde rezeki lagi nak beli samsung note ni..

    BalasPadam
  7. Ben, aben tak berminat ke dengan Iphone? =))

    BalasPadam
  8. Samsung Note 9 masih relevan!

    BalasPadam
  9. Pernh rasa samsung note husbnd.. Not bad

    BalasPadam