Cadang nak pergi bercuti tapi risau kluster Covid 19 makin membesar !

by - Rabu, Ogos 19, 2020


Esok cuti sekolah. Tak panjang tapi cukuplah untuk bawak keluarga berjalan sana sini. Tapi nak ke mana ? Nak masuk KL , dah ada 'arahan' elak kluster kluster baru ! Camana tu ? Bukan KL jer tapi kat belah utara tu.. hurmm...

Best partnya.. Ketegasan dalam patuhi SOP tu amatlah teruk. Sekadar berlakon atau sekadar asal buat. Contohnya seorang rakan aku di gym bercerita dia gi bercuti di satu pulau di utara baru baru ni. Katanya ketika beratur nak naik cabel car kat satu pusat pelancongan ni , semua orang amalkan jarakan sosial. Tapi dalam tu , masing masing rapat ! Sedangkan virus sedang merebak kembali kat sana ! 


Hurm.. anak anak ajak gi mandi sungai. Nampaknya hanya satu tempat je aku boleh tuju. Tempat ni memang best la. Tak perlu risau ramai orang sebab masing masing memang jarak antara satu sama lain. Huhu..

Tengok la kalau rajin esok.. Kalau tak , camping dalam rumah je la..

You May Also Like

3 comments