Kalau minat masakan nogori , cuba Kedai Makan Ain, Kuala Pilah ni !

by - Ogos 16, 2020

Kali pertama aku ke sini , aku cam.. hurm.. Sedap ke ? Nampak restoran dia pun biasa biasa jer. Tapi orang ramai ha ! Siap beratur nak masuk . Dan bila dah masuk , gulp ! Tu dia. Rupa-rupanya !! Masakan kegemaran aku ni weh ! Walaupun aku tak tau apa nama masakan tu tapi aku tau aku suka. Haahahaha.. Masak lomak cili api haaa ! Memang power rangers tul la ! 

Dan pagi tadi , aku sekali lagi ke sana bersama keluarga aku. Wife aku yang payah nak suka makan luar ni, ikut aja katanya. Dia suka gak la tu. Huhuhu.. Dan suasana kat situ pon ok. Nak ke sana dari rumah aku pun cuma makan masa sejam je. Tak jauh mana pun. Hehehehe.. Syok gak sesekali 'keluar kawasan'  

Bila sampai je Kedai Ain Kuala Pilah ni , memang aku garu kepala la. Ramainya. Camana nak makan ni ? Dengan risau perangai anak anak yang akan bergerak ke sana sini.. adeh.. Plan nak cari restoran lain tapi.. aku nekad. Beratur je la ! 

Rupa-rupanya, pengerakkan sangat cepat. Abis je orang makan, diorang terus belah. Alhamdulillah.. mereka berhati perut. Takda la nak lepak bagai kat situ. Terus cabut ! Orang lain boleh masuk lak. Dan staff dengan pantas bersihkan meja. Fuh.. laju ! 

Aku beratur pun tak sampai 10 minit. Huhuh... Bayangkan orang depan aku ni , datang 15 orang ! Aku dah..gulp ! Mampus nak dapat banyak meja. Tapi sangkaan aku meleset ! Pantas diorang sediakan meja. Tapi aku diutamakan sebab aku sebuah je.. Huhuh.. Alhamdulillah. Rezeki anak anak. 

Check suhu. Check in MySejahtera. Kedai bersih. Makanan bersih. Staff ok. Dan selera terbuka ! Huhuh.. Aku amik itik salai masak lemak , ikan sembilang masak cili api , sayur dan apa je la yang aku suka atas tu ! Hahahaha.. Penuh ? Lantak pi la.. Lapaq weh ! 



Amik apa yang aku suka.. er, semua sedap ! Hahaha.. Dan akhirnya ditutup dengan sambal tempoyak. Adoiii ! Tersadai usus aku hari ni ! Haaahahha...

Nak ke sini , korang waze Kedai Makan Ain , Kuala Pilah.  Datang seawal 11 pagi. Kalau kul 2 petang tu , memang makan kuah je la.. Heheheh.. Ikut rezeki korang la.. Kadang kadang tu ada cuma yang jadi pilihan ramai tu , akan abis cepat.. cam itik salai tu.. Huhuh..

Lepas makan, gi mandi kat Ulu Bendol. Heee.. Dekat dah. Maaf la yer.. Gambar lokasi tak amik sebab dok sibuk nak makan. Pastu kena jaga anak anak gak. Kang berterabur , naya lak. Heee..

You May Also Like

1 comments

  1. Masakan Nogori ni antara feberet kita gak sebab pedas dan sedapp.

    BalasPadam