Jangan sesekali beli pisang salai dari Ustaz Nizam Yusof ni !
Aku nampak dia punya post pasal pisang salai ni. Aku tak terliur pun ! Yang aku terliur tu , tengok kotak kotak yang sampai depan rumah dia ! Dalam tu ada banyak la pisang salai. Amboi.. ramainya yang order. Sedap sangat ke ??? Huhh... agenda NWO semua ni. Aku tak percaya.
Aku stalk satu satu posting dia pasal pisang salai ni ! Mencari komen negatif. Hahahaha.. Giler jahat aku. Nasib laaa.. Sapa suh jual pisang salai ni ! Aku anti pisang salai walaupun aku tak pernah makan. Haaa.. Jeles ? Tak aihhh.. cemburu pun tak. Cuma.. Hurmm..
Citer banyak takda.. Aku order ! Bukan satu tapi dua ! Saja nak tunjuk yang aku pun boleh beli laaa ! Ingat tak mampu ke nak makan pisang salai ni ! Bukan mahal mana pun. Kalau pizza aku boleh beli berkotak , ni kan pulak pisang salai yang baru harga RM20+ tu.. Aku tak amik kira sangat la kalau produk bumiputera ni. Saja ak tunjuk aku mampu bayar ! Apadahal !!
Selang beberapa hari sampai. Eh , cepat lak. Aku nak dia lambat sampai ! Boleh aku kritik cara jualan dia. Huhh.. Cepat la pulak. Takda modal aku nak kutuk dia kat Facebook ni. Haishhh... Tapi tak pee.. kita tengok camana dia bungkus. Mesti cincai punya..
Aku pun bukak la... Hurm.. Dia ni jual pisang salai ke jual intan permata ? Betul punya kemas haa.. Amboi.. Tak kasi orang bukak ke ??? Takut la tuuu.. takut tak sedap !
Dan selepas berjaya bukak.. dengan terlupa baca Bismillah , bersama syaitan iblis jin join sama masuk dalam mulut aku. Astagfirullah Al Azim. Apa la nak jadi dengan aku. Patutlah hati hitam kebelakanga ni ! Huuhuhuh..
Setelah istighfar berkali kali.. dan tunaikan solat fardu dulu, baru aku jamah sedikit. demi sedikit.. dan sedikit lagi... lagi , lagi dan lagi ! Eh.. tak leh berhenti lak ! Sambil buat kerja, bedal ! Takda la nak menyesal sangat rasa berbanding bedal Super Ring tu haa.. Mau sebulan lepak dalam gym lepas makan sebungkus Super Ring ! Hahahaha..Bayangkan kalau makan sambil layan drama 7 Hari Lepas Dia Mencintaimu . Perghhh.. sekejap je selesai.
Gitulah adanya. Kalau korang nak beli , tolong jangan beli dengan aku. Walaupun aku jual , aku lebih rela korang beli je ngan Ustaz Nizam sebab dia letak hadiah dalam tu.. Menarik hadiah dia tu.. Huhuh..
Facebook : Nizam Yusof
No Tel : 019 976 1627
13 comments
Wah best ni...sekali ngap.ja mau sebekas
BalasPadamMemang kalu dpt akan ulang je makan hahaha
BalasPadamArghhhh nak order jugaklah, nak hadiah! Hahahaaa!!
BalasPadamterima kasih aben... bungkus ketat padat takut pecah... tak cukup dua balang kan.. hahha
BalasPadamwahh sedapnya pisang salai..mudahlah nak dapatkan sebab boleh pos kan
BalasPadamKita suka kerepek buat kudap².
BalasPadamPackaging lawa giler!
Lawa packaging dia
BalasPadamHahaha.. Bungkus ketat ti.. Sedp tgk.. Memng layan makan smbil tgk drama
BalasPadamPC bukan penggemar pisang salai,menjamah tu ya boleh.Tapi mana taukan ini satu permulaan..jeng jeng jeng.
BalasPadamMenarik bekas dia
BalasPadamNampak ramai juga jual pisang salai ni. Teringin juga nak cuba
BalasPadamTak minat yang namanya salai-salai ni. Tapi pisang salai tak pernah cuba lagi.
BalasPadamSekarang ni semua benda kebanyakan org beli online. Makanan pon dah ramai yg buat jualan online. Ustaz Nizam ni antara peniaga online berjaya. Bukan setakat pisang salai dia jual, shaklee pom dia jual.
BalasPadam