Menariknya Sungai Congkak ialah boleh parking kereta di dalam !

by - Khamis, Ogos 20, 2020

Mula-mula aku ke Sungai Tekala. Dari Sepang, ikut Bangi Lama kemudian ke Semenyih dan seterusnya ke Sungai Tekala. Hari ni cuti umum. Jalan lama dipenuhi dengan geng basikal. Hurm.. Geleng kepala je la. Dah macam geng rempit lak ! Maaf la yer.. Diorang bergerak berkumpulan. Bayangkan jalan lama tu kecik dua lorong. Kalau diorang dah amik jalan kita, nak tak nak kena masuk lorong bertentangan. Faham faham je la situasi ni. Penat nak cerita. Tunggu ada kes kemalangan , baru ada pihak nak buka mata.. Selagi belum ada , lantak la kan ? Tak kena kat kita.. ok laa.. 

Sampai Sungai Tekala.. Ramai dah. Kereta parking di luar. Sungai Tekala ni aku suka sebab kenangan sewaktu kecil. Arwah ayah aku suka bawa sini berbanding Sungai Congkak. Tak dinafikan Sungai Tekala gempak skit pada aku ketika tu sebab banyak ikan. Boleh tangkap ikan dan udang. Heee.. Sekarang tak tau la..

Sayangnya , kereta kena parking luar ! Aku rancang nak bukak khemah kat sini. Anak anak suka berkhemah. Saja la tanam sikap cintai alam semulajadi pada diorang. Maka terpaksalah bergerak ke Sungai Congkak. Amik masa dalam 40 minit lagi. Huhuh.. Matahari dah mula naik. Aku harap tak ramai kat sana dan hari tak hujan. 

Dan sampai... Chalet chalet kelihatan penuh. Tapi aku tak nak lepak chalet.. Terus masuk ke bahagian dalam. Kena daftar dan bayar RM17. Nak cari port tak ramai orang. Heee.. senang. Tak bergaul dan risau part Covid 19 tu.. Heee.. kena amik kira gak tu kan ? 


Beratur untuk daftar dan bayar yuran masuk 




Syoknya.. korang dibenarkan memasak di sini dan juga pasang khemah . Disediakan tempat berkhemah dan juga memasak. Bagus kan ? Tong sampah disediakan.  Plastik sampah kelihatan baru. Maksudnya terurus la tempat ni. Bersih ! Tandas je aku tak pasti camana keadaannya. Heee.. 

Makanan... awal pagi wife dah masak. Aku tak plan nak masak kat sana. Saja tak nak. Kalau nak masak , mesti masak makanan yang segera atau mudah. Nak BBQ , kena ada geng ramai.. Baru syok.. kan ? Huuuhu.. 

Alhamdulillah.. ramai je orang dan masing masing menjaga kebersihan. 




Tak boleh nak mandi sangat aku. Airnya terlalu sejuk ! Mengigil dibuatnya. Si Qhaliff dan Zahra seronok abis. Aariz ? Hahahaha.. mamat ni mana tahan sejuk. Mengigil abis dia tapi tak nak naik. Tapak tangan dah membeku. Huhu.. Camana la nak bawak gi Jepun macam ni.. 

Sungai Congkak ni terletak di Hulu Langat. Dah cukup lama tempat ni. Rasanya aku usia 10 tahun dah wujud tempat ni. Dan airnya tetap bersih dan jernih. Sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga ke sini. 

Gerak balik dalam jam 1 petang. Tak lama pun sebab tak nak budak budak ni demam. Main air skit skit dah. Hee... Saja tunai janji bawak ke sini. 





You May Also Like

4 comments

  1. parking kereta RM17 tu ada charge per person lgi x? ke kira 1 kereta skali ngn org dlm kereta tu bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kereta rm15 . yuran masuk untuk dewasa , rm1 seorang. kanak kanak percuma

      Padam
  2. Terbaik artikel. Saya tak pernah ke sini, jadi dapat tahu serba sedikit gambaran keadaan Sungai Congkak ni.

    BalasPadam