Popia basah itu menjadi kegilaan aku tapi...

by - Ogos 18, 2020



Gambar atas tu, minggu lepas punya. Yang bawah tu , baru beli tadi. Eh , terbalik. Ah , tak kisah la.. sama jer ! Hahahaa.. Setiap kali aku teringat , aku akan pergi. Popia basah dia memang menepati sungguh selera aku. Cili dia memang terasa la. Nak kata pedas sangat pun tak , nak kata tak pedas pon tak gak. Sedang sedang gitu. 

Dan setiap kali aku gi beli.. mesti dua pek ! Satu pek , takkan cukup. Huhu... Dan tadi , aku singgah beli. Saja nak isi perut dengan popia sebelum makan nasi. Aku beli dua pek , seperti biasa. Terliur dah tengok ! Huhuh.. Tak sabar nak sampai rumah. Kalau wife aku ada , boleh dia tolong suapkan. Eh... tapi dua minggu ni , perang dingin. Jangan mimpi la nak bersuap ! Hahaha.. Bila baik.. gurau macam tak ingat dunia. Bila berperang , tersentuh jari kelingking pon tak leh. Huhuh.. Perempuan ! 

Eh.. terngumpat lak. Tak pe.. dia tak baca blog aku time perang ni. Hahahaha.. Ok , sambung. Sampai je rumah.. aku nampak jiran aku duduk kat luar. Seperti biasa. Dia memang suka duduk amik angin kat luar. Sejuk gitu.

Aku cam.. hurm.. camana eh ? Nak pelawa ke tak ? Hurm... Ok la.. Orang kata , kongsi rezeki ni , murah rezeki. Huhuh.. Tak pe la.. Aku nak makan banyak banyak pun , buat apa. Makan je la untuk lepaskan nafsu. Jangan ikut nafsu sangat. Huhuhuh.. 

" Bang, dah makan tengahari ? " tanya aku.

" Dah.. baru je.. " jawab dia. 

" Ni bang.. ada popia lebih. Amik la... " pelawa aku. 

Diucapnya terima kasih. Aku jawab dan terus masuk ke rumah. Basuh tangan dan terus jamah popia. Huhu.. Tak sampai 5 minit , selesai ! Dan cukup dah banyak tu. Kalau dua pek tu , memang terboroi perut aku. Hahaaha.. Perancangan Allah tu cantik dah. 

Apa pun.. popia tu memang sedap ! 

You May Also Like

6 comments

  1. Sedap nampak popia tu.. berkat rezeki bila berkongsi

    BalasPadam
  2. Haa..x beli tuk bini kee...hehehe..jgn gaduh lelamaaa Tau...nampak sedap gile ah popia uhh

    BalasPadam
  3. Wahh.. tengok pun dah terliur. Bagus rezeki dikongsi bersama.

    BalasPadam
  4. Area mana tu.... Terliur tengok

    BalasPadam