Doktor Amalina sudah bertunang. Kecewakah aku ?

by - Selasa, Ogos 11, 2020



Doktor yang popular di media sosial ni , akhirnya sudah pun bertunang dan bakal melansungkan perkahwinannya tak lama lagi. Tunang dia , orang UK gitu.. Tak pasti lak berdarah mana. Hehehe.. Tapi yang aku pasti, ramai nak sponsor gitu ! Hahaha.. Apakah dia akan terima ? Rasa aku macam tak jer.. Dia ni punya pendirian lain maciam skit. Serasa aku la.. Kalau terima pun, tak salah. Dapat jimat banyak woooo ! 

Doktor Amalina ni , aku perati jer dia kat Twitter. Bukan perati nak mengorat laa.. Sapa la aku nak ngorat dia ! Hahaahha.. Perati la cara dia membantu netizen dari sudut perubatan dan kemahiran dia. Kelantangan dia memang banyak bikin founder founder produk tak senang duduk. Hahahaa... Betul la tu pendapat dia.  Aku tak nafikan pun. Bagus ada yang menegur. Elak dari orang kita ni terus kena tipu haaa.. 

Bila dia nak kawin , aku tak buat kajian pada Twitter dia. Tapi yang pasti bukan masa terdekat la. Maklumlah , nak balik Malaysia, kena kuarantin lak berbelas hari. Tak tau la kot dia ada 'special pass' gitu. Hahaha.. Tapi kalau dia follow SOP , memang aku respek giler la ! 


Apa apa pun.. tahniah buat dia dan bakal suaminya. Harap segalanya berjalan dengan lancar dan baik seperti yang dirancangkan. Semoga lebih bersinar selepas bernikah nanti. Sama sama kita doakan. 

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah. Lepas ni blh makan nasi minyak dia. Tapi, agak2 dia kahwin kat mana erk.🧐

    BalasPadam
  2. Yup beliau sangat cakna.Lebih-lebih lagi bila ada yang membangkitkan isu kesihatan atau perubatan.Dalam bab produk pun beliau sangat tegas.

    BalasPadam
  3. Allhamdulillah... semoga beliau selamat mendirikan rumah tangga...

    BalasPadam