Bagaimana nak hilang berkilo kilo berat badan dalam masa seminggu ?

by - Khamis, Ogos 20, 2020


Tu dia ! Bila aku post gambar ni di Facebook , ada yang mesej tanya bagaimana aku lakukan ? Huhu.. Begitu ketara kan ? Dengan perut membulat sebegitu sekali.. hilang jadi rata ! Apakah dalam seminggu ? 

Jawapannya.. tak ! Aku lakukan dalam masa seminit jer ! What ???? Camana ? Alaa... kembungkan je la. Bukan susah. Tahan nafas dan snap la gambar sekeping. Nah , mesti ramai percaya punya ! Dan ada yang ketawa sebab perubahan ni berlaku. Maklumlah.. ehehe... paham paham je la kan. 

Gambar boroi tu , tahun 2018 seingat aku. Ketika tu gi review sebuah hotel. Baru lepas lunch. Makan banyak... Tapi tak la banyak mana pun. Cuma mampu buat bila aku kembungkan perut tu, nampak begitulah. 

Tapi yer.. aku pernah boroi satu tika dulu. Sebab aku stop gym untuk beberapa bulan selepas kelahiran Zahra. Tunggu Zahra besar skit , pastu baru kembali ke gym. Apakah yang aku lakukan ? Sebenarnya bersenam bukanlah keutamaan dalam menurunkan berat badan. Kita kena faham yang tu. Masalah berat badan naik ni berpunca dari cara diet pemakanan kita. 

Apa yang kita makan dan bagaimana kita membakar kalori itu ! Haaa.. ni kita kena faham ! Kalau tak faham yang ni, maka boroilah kita. Kemudian , barulah bersenam. Tak perlu gi gym pun. Kat rumah boleh dah.


Fahami kalori. Penggunaan dan bagaimana nak membakarnya. Tengok gambar diatas ni dan bayangkan jumlah masa diambil untuk membakarnya. Bayangkan betapa lamanya bersenam untuk membakar sejumlah kalori ! Dan bayangkan jika makanan yang kita amik ari tu, walaupun kecil tapi kalorinya tinggi !

Amil contoh la.. Makan french fries jenama popular tu. Tau berapa tinggi kalorinya ? 312 kalori. Berapa lama korang nak kena berjalan kaki untuk membakar semula kalori yang masuk dalam tu ? Haa.. cer kira. Apa jadi bila kalori tak abis dibakar ? Haa, tu la dia... jadi lemak dalam badan.

Cer tengok cara nak membakar kalori dalam badan kita...



Kena rajin buat kajian sedikit mengenai apa kita nak makan. Bukan tak boleh nak makan pun.. Makanlah. Tapi berpada pada dan kena tau apa yang kita nak makan terutamanya bila nak turunkan berat badan. Disiplin pemakanan tu nombor satu. Kemudian barulah bersenam. 

Hindari makanan makanan proses terutamanya. Masak sendiri dan pastikan bahan yang nak digunakan tu, bahan yang berkualiti seperti minyak zaitun untuk masak. Kemudian , kurangkan gula dan kalau boleh stop buat sementara waktu.. Stop untuk selamanya pun lagi bagus. Sesekali je amik. Dan elakkan makan di luar. 

Paling penting... makan selepas jam 6 petang. Lihatlah perbezaan kalori. Dan apa kita makan sebelum tidur ! Bahaya kalau salah makan. Amik je buah buahan jika lapar. Tidur awal sebaiknya. Dapatkan rehat secukupnya. 





Jaga makan dan awal pagi tu.. bawak bawak bersenam sedikit selepas solat subuh. Tak perlu lama pun. Sekejap je. Amik yang mudah seperti Jumping Jack , Burpree dan High kness. Oh ya, Mountain Climber pun bagus sangat. Google je. Bersepah ada video mengenainya. 


Kemudian belajar sedikit mengenai kandungan pemakanan yang tertera di label bungkusan makanan tu. Jangan main bedal je beli. Tengok kandungan gula , lemak dan sebagainya. Banyakkan membaca dari menonton untuk memahami.

Itulah tips serba ringkas. Kalau serius nak turunkan berat badan, dapatkan sifu. Biar betul sedikit ajaran. Biar turun berat badan disertai dengan kecergasan. Baru nampak fit dan mantap. Jangan turun berat dengan badan yang gelebeh. Tak cantik.

Ok ? Korang boleh punya.. Jangan lepak malam dan hindari kawan kawan yang tak support kita. Heee. Ramai kaki jarum ! Ingat.. bila kita sakit , mereka datang ziarah ketika dah nazak je. Huhuhu.. Tu pun untung dia datang time tu.. Ada yang tak datang langsung. Heee..



Pandai pandai pilih yang terbaik untuk diri kita. Ingat, menjaga kesihatan juga adalah ibadah. Dan ingat yer.. sabar dalam menurunkan berat badan. Bukan sehari dua hasilnya. Yang penting , kita sihat. 

You May Also Like

7 comments

  1. Bersungguh-sungguh dan pilih jalan dan cara bersih serta selamt untuk mendapat berat badan ideal.

    BalasPadam
  2. Gigih baca smpai habis. Sekrg gula memg kurang.. Nak kata dlm rumah dh kehulu hilor berapa langkah kira bersenam juga tu.. Hehee. Masak pun memang selalu.. Fuh

    BalasPadam
  3. okay saved ..tq abg ben 👍😊

    BalasPadam
  4. Good info boss..saved! 👏🏿

    BalasPadam
  5. Tenkiu...good info

    BalasPadam
  6. Boleh dijadikan panduan berguna ni.Terinspirasi!

    BalasPadam
  7. Boleh dijadikan panduan berguna ni.Terinspirasi!

    BalasPadam