Hati hati bila beli barang di Lazada !
Wife tunjuk gambar ni kat aku. Ketika tu ada sale di Lazada. Harga dalam rm186 kalau tak silap aku. Tapi aku tak nak lagi. Masih mahal. Kalau bawah RM100 , baru leh angkat ! Hahahaha.. Bukan tak pernah beli bawah RM100 pun.. Tapi masa tu kat JPO kalau tak silap aku. Murah la.. Dan syok pakai.
Kelmarin , aku ternampak sandal jenama ni di Lazada. Uih... tu dia ! Murah benar. Tapi aku berhati hati. Selepas baru ni aku beli snow cap Under Armour di Lazada dengan harga murah , aku memang perlu berhati hati dengan seller dari China ni. Kena baca betul betul ! Atau.. hampa ! Yer , snow cap aku dapat tu, menghampakan. Adeh..
Aku baca review dari mereka yang pernah beli sandal ni.. Yang harga murah ni. Yang harga atas tu , memang dapat review bagus tapi yang bawah ni.. heheee... Memang mendukacitakan sama sekali.
Amik kau ! Satu bintang dia kasi. Hahahah.. Sah sah la bukan original ! Tapi dia punya harga.. huhu.. Leh tahan mahal. Kalau harga bawah RM50 ok la.. Dah la tu, letak gambar gitu. Aish.. Ada je seller dari China ni yang jujur. Bagus jer. Cuma kena hati hati memilih. Salah pilih , tepuk dahi ! Heee..
Di Lazada , makin banyak barang tiruan. KPDNHEP tak leh nak pantau kalau gini. Tapi apa pun , tetap perlu ada pantauan. Sebab macam macam ada jual termasuklah barangan permainan seks ! Hurm.. bayangkan anak anak bawah umur kita yang dah pandai tu, beli tanpa pengetahuan mak ayah. Camana ?
2 comments
Kena hati2 betul kalau beli barang obersi, dapat yang Sport.punya mmg pi serang terus
BalasPadamBetul kene tau mana tiruan dan ori.. Sushla kalau dpt tiruan harga melampau
BalasPadam