Salam Noodles lebih berbaloi dari Mee Tarik Warisan

by - Ogos 23, 2020


Salam Noodles , Kota Warisan
Lama dah nak singgah sini. Tapi wife tak nak  makan situ sebab satu perkara tu je. Aku akur je la. Dah dia nak belanja. Kalau aku yang belanja , sama gak.. kena ikut dia ! Hahahaha.. takkan nak makan sorang je kan ?

Akhirnya dia berminat nak makan situ setelah kawan dia , bagitau sedap makan kat situ. Lebih sedap dari Mee Tarik Kota Warisan yang kitorang suka pergi tu. Aku bila ada orang kata gitu, aku tercabar la ! Aku tak tau kenapa aku patut rasa tercabar sebenarnya ! Hahahah.. bukan restoran aku pun. Heee..

Maka tengahari tadi.. lepas bermain badmintn kat Puchong bersama keluarga , terus ke Kota Warisan.  Mula mula rancang nak ke Mee Tarik Warisan tapi selepas wife ajak ke Salam Noodles , aku pun tukar la pikiran.. Nak gak tau apa yang menarik kat situ.

Dari luar.. Salam Noodles bagi aku konsepnya menarik. Jauh beza dari Mee Tarik Warisan. Kena dengan citarasa aku. Warna biru putihnya.. lembut. Sampai depan , ada staff sambut. Bagi salam. Suhu diperiksa. Check in MySejahtera.



Aku 'merayau' dalam tu.  Menarik konsep dan susun aturnya. Aku tertanya sapa pemilik Salam Noodles ni. Pekerja dia pun bagus. Aku cari surau dan tandasnya. Surau ok.. Kalau diletak pewangi , lebih ok. Bersih  la cuma takda 'bau' . Tapi tandas , bagus. Bersih sangat. Nak masuk pun takda isu. 

Kerusi meja juga diletakkan di luar. Kalau nak santai malam malam, boleh la makan di bahagian luar. Juga bersih dan kemas je susun atur dia.




Nah... tarikan yang cukup bagus di sini ialah airnya ! Percuma dan boleh isi semula. Sila minum hingga hilang dahaga. Tapi jangan membazir lak. Huuhuh.. Sebab apa ? Tagline kat sini ialah Love Food Hate Waste ! 

Menarik kan ? Satu sedekah tu part air. Ok.. nak order makanan. Tengok kad menu dia. Hurm.. Gambar makanan kurang menyerlah. Tak tau nak order mana yang sedap. Nasib baik la ada pengalaman di Mee Tarik Warisan. Menu lebih kurang sama. Apakah pemilik dia dulu pernah terlibat dengan Mee Tarik Warisan ?? Tak tau lak aku.. heee... 

Menu makanan tu kalau dapat buat buku, best ! Gambar perlu besar dan jelas. Tapi aku percaya makanan dia memang sedap ! Eceh.. ok... aku order apa aku nak.  Begitu juga wife dan anak anak..



Terkejut wife tengok harga. Selepas buat order dan bayaran , harga tak sampai RM40 untuk semua sekali makan. Yelah , tak termasuk air kan ? Kalau masuk ? Hehehe.. Jadi lebih la kan ? Bagus bagus.. Konsep sedekah yang simple tapi cukup bermakna. 







Ok.. makanan lak bagi aku, sama macam Mee Tarik Warisan. Sedap cuma meenya tak sebanyak di Mee Tarik Warisan. Tapi bagi aku, bagus dah. Ada orang tak suka makan banyak. Jumlah tu dah cukup untuk dia. Sekadar kenyang yang tak melampau. Ok la kan ? 

Tapi bagi aku.. hehe.. Tak cukup ! Sedap... hahaha.. aku tunggu anak anak cakap.. 

" Tak nak , daddy.. " dan aku amik diorang punya ! Heeee.. Sedap ! Boleh jadi restoran feveret aku dah pasni..  

You May Also Like

7 comments

  1. Tengok gambar pun dah teruja nak peegi

    BalasPadam
  2. Wahh macam best.. nanti kalau Cik TK ke area Kota Warisan boleh la singgah..

    BalasPadam
  3. Sedapnya tengok.. Kene pergi ni

    BalasPadam
  4. Tetibe nak makan kat mee tarik warisan shah alam.

    BalasPadam
  5. tengok gambar pun puas hati kalau nk pilih makanan kan. boleh la cuba ke sini nanti kalau ke sana

    BalasPadam
  6. Memang fav noodles. Haritu seminggu straight makan kat sini hahaha

    BalasPadam
  7. Mmg sedap makanan kt sini. Dah try byk kali. Lagi2 yg kuah mushroom hitam tu,buat sendiri pn tetap tak sama rasa dia. Dumpling pun sedap. Saya selalu pi yg kt Shaftbury Cyberjaya,pemilik chinese muslim tp staf warga asing. Branch situ mcm berjimat pulak tgk sbb tempat xde customer dia tutup kipas siling 😂

    BalasPadam