Kurangkan gula putih atau berhenti terus. please !

by - Rabu, Ogos 19, 2020


Hurm.. aku lama dah tak minum kopi letak gula bila di rumah. Memang takkan letak. Biarlah pahit pun, aku telan jer. Kalau di luar tu, jika boleh elak.. aku elak terutamanya jika yang order terus dari waiter. Semua kasi letak 'o' jer. 

Bukan sebab nak sado atau takut berlemak tapi takut kaki kena potong ! Yer, aku dah tengok ramai je orang yang aku kenali kehilangan kaki dek kerana gula ! Aku pelik je tengok orang orang yang aku kenal , tak leh hidup tanpa 'manis' ! Tak kick katanya. Hurmm... Jangan sampai tak leh kick dah la yer.. 


Ubah diet pemakanan kita. Memanglah kita bersenam tapi... kalau pemakanan tak jaga.. tak betul gak tu ! Satu hal lagi ialah... bila lepas bersenam.. nak makan apa ? Ni pun satu hal gak. Ada yang kata asalkan bersenam , boleh je belasah nak makan apa. Hurmm.. salah dah tu. 

Ubahlah diri kita untuk kebaikan sebelum doktor ubah diri kita ! 

You May Also Like

3 comments