Malas pergi gym ? Dapatkan resistance bands dan bersenam je di rumah !

by - Ogos 13, 2020

Lama dah aku target nak beli menda alah ni tapi tak pasti akan ketahanan dia. Yang aku beli sebelum yang ni memang tak tahan la. Pakai beberapa kali dah putus ! Tu sebab aku takut nak beli yang jenis ni. 

Yang jenis ni , aku berani nak guna selepas tengok teknik di Instagram. Tengok teknik dan hasil , terasa teringin nak cuba. Tapi selepas tengok harga.. gulp ! Berbaloikah ? Di Lazada , harga seperti gambar di bawah ni. Agak susah nak jumpa seller terutama yang tempatan yang jual sekali gus gini. Banyak yang jual satu satu... yang ternyata lebih menguntungkan mereka ! Huhuh... Yang aku dapat ni , dah abis stok ! Huhuhu.. 

Di Shopee pun ada tapi dengan cara yang sama. Kalau nak sedap , kena beli satu set terus. Memang akan terasa beza la pastu. Dan yang pasti, guna resistance bands ni , mengurangkan risiko kecederaan. Bagi aku la.. Orang lain , aku tak pasti. Heee... 





Dah sedap pulak guna resistance bands ni tiap kali di gym. Aku akan selang seli dengan dumbell atau machine. Tekanan pon lebih terasa dan pastinya risiko kecederaan kurang. Maklumlah , aku bukan bodybuilder sampai tahan kena no pain no gain ! Hahahaha.. Memadai ada cutting lelaki dah la.. Hahaha.. 

Sesuai untuk perempuan ? Sesuai je... kena tau teknik gak la. Tak susah pun.. kat Instagram dan Youtube ada je yang rajin buat tutorial. Kalau macam aku punya ni , lebih pada asas jer. Aku pun masih belajar guna. 

You May Also Like

1 comments

  1. ooo macam tu ke guna dia. woww kemas dan cantikk template baru blog awak

    BalasPadam