Lampu 'Putih' ni sapa punya tanggungjawab eh ?

by - Ogos 18, 2020


Bapak ahhh ! Sakit mata weh ! Nak tengok cermin sisi pun tak boleh.. Cermin pandang belakang pun gitu gak. Terpaksa aku 'pantulkan semula' cahaya tu pada dia balik ! Haaa.. Tau kan caranya ? Ingatkan dah selesai.. Tapi rupanya tak ! Datang pulak motor dari arah depan ! Ingatkan superbike tapi rupanya.. motor biasa jer ! Adehh.. 

Geram ! Tapi tak boleh amik tindakan sendiri. Pernah sampai aku punya geram tu, kasi kereta belakang aku potong aku pastu aku duduk belakang dia... kasi lampu tinggi kat dia ! Haa , amik kau. Baru kau tau camana rasa kan ? Haaa.. 

Menteri Pengangkutan yang lepas, dah kasi tau.. penggunaan lampu putih yang bukan original ni ,boleh di saman sehingga RM2 ribu atau penjara 6 bulan. Tapi masa bila buat pemeriksaan ? Haih.. takkan nak tunggu ada orang buat video viral kot ? 

Atau ada yang bergaduh sebab lampu ni ? Aku rasa ramai dah bengang pasal lampu ni. Tapi masih dok bersabar dan ikut undang undang. Tunggu pihak berwajib amik tindakan.. yang tak tau la bila nak buatnya ! 


Sumber : PanduLaju

Letih nak bangkitkan hal ni. Rasanya bukan sorang dua dah bising kot. Kang aku sendiri tukar lampu putih tu kang ! Haaaa ! Siap pakai cermin gelap gelita. Hahahaha.. Baru tauuu  ! Pastu baru nak kena saman ! Eh... hahaha... padan muka aku ! 

Ok , ok.. Sekarang ni camana ? Sapa nak amik tindakan ni ? JPJ atau PDRM ? Takkan nak suruh SPAD ? Eh.. ada lagi ke SPAD ?? Takda kaitan kot.. Huhu.. 

Tolong la yer.. Tak larat nak buta mata walaupun sesaat. Boleh menyebabkan kemalangan ! 

You May Also Like

1 comments