Terima kasih Tun Mahathir kerana mencipta Putrajaya !

by - Ahad, Ogos 23, 2020


Putrajaya... satu mercu tanda kemegahan negara kita. Selain KLCC dan Menara Kuala Lumpur , aku bangga dengan kewujudan Putrajaya serta Cyberjaya. Dah merasa bekerja serta tinggal di sini satu tika dulu. Tapi semakin hari semakin berkembang pusat pemerintahan negara ni. 

Selain dari menempatkan Kementerian serta Jabatan Kerajaan , setiap petang dan malam, bandar unik ini menjadi tempat riadah yang selamat dan menyeronokkan. Yang buat tak selamat tu, pengunjung tu sendiri la. Heheee. Tak reti nak ikut peraturan.

Kita boleh berbasikal, berlari, bermain roller blade dan ada juga taman taman untuk beriadah bersama keluarga. Nak cabaran memanjat , boleh gi ke Taman Cabaran Putrajaya. Malah ada tempat tempat khas untuk bermandi manda juga ! Nak berpiknik jugak boleh ! Gi je ke Dataran Gemilang.  Nah... sapa punya akal semua ni ? Pastinya Tun Mahathir yang awalnya mencipta Putrajaya ni sebagai bandar hijau. 

Dan sekarang ni, anak anak dah mula membesar. Maka nak elakkan mereka sibuk dengan dunia mereka sendiri , aku ngan wife wujudkan aktiviti wajib setiap malam minggu. Ke Putrajaya dan berjalan kaki selama sejam atau lebih. 

Berjalan sambil berbual.. bermain...bergurau ! Adik beradik menjadi lebih rapat walaupun dalam berjalan tu terdapat pelbagai drama. Tak pe.. kena sabar masing masing. Hahahha.. Ianya berbaloi. Masing masing berjalan lama dan takda yang mengadu penat kaki atau keletihan. Sedikit demi sedikit , aku jauhkan jaraknya.

Yang berbasikal... aku tengok meriah. Siap bawa anak dibelakang. Tolong kurangkan kelajuan yer.. Terlupa anak kat belakang ke ? Huhuh.. Yang berlari... Berkumpulan atau berpasangan. Ternyata mengembirakan mereka. Hilangkan stress. 

Ternyata.. di cuti panjang begini, yang tak balik kampung.. akan ke Putrajaya untuk bersantai bersama keluarga tercinta. Ada banyak tempat boleh pergi. Seperti di Ayer 8, Presint 8. Di depan Mahkamah Keadilan juga sering menjadi tempat riadah berkeluarga. Best ! 

Oh ya.. tempat makan ? Heheh.. Malam banyak ! Sediakan duit jer.  Kalau korang kaki bergambar , datang petang.. sebelum Maghrib. Nikmati suasana matahari terbenam. Pastu boleh gi solat di Masjid Putrajaya atau Masjid Besi. Surau pun ada banyak. 

Sapa kata Putrajaya ni , membazir ?

You May Also Like

0 comments