Sebelum benarkan masuk ke premis , sila Scan QR Code MySejahtera , periksa suhu dan..

by - Isnin, Ogos 10, 2020

Sekadar gambar hiasan

Lonjakan kes dan kewujudan kluster baru membimbangkan. Kita sedia maklum dari mana punca untuk kluster kali ni. Sikap degil dan tidak bertimbang rasa menyebabkan keadaan negara kembali bergolak. Masing masing dah mula berpeluh ketiak ! Risau mula hadir dalam hati. 

Dan sikap sambil lewa atau kurang tegas di pintu masuk premis terutamanya restoran , shopping mall atau tempat tempat yang jadi kunjungi awam ,  turut jadi punca penyebaran ! Sepatutnya di sinilah perlu lebih tegas dalam membantu pihak berkuasa memutuskan rantaian Covid 19 dalam negara. 

Kita sedia maklum , nak masuk dalam premis , hanya perlu scan MySejahtera atau isi e-Form. Paling tidak pun , isi buku jer.  Kemudian amik suhu. Dah ! Tu je ? Scan suhu untuk detect sapa tak sihat je. Sekarang ni kita tau , ada antara pesakit Covid 19 ni tidak bergejala ! Kalau tak demam , mereka lepas masuk ! Nah... satu premis bermasalah ! 

Tapi.. jika mereka diwajibkan perlu tunjuk status MySejahtera selepas amik suhu badan , kan itu lebih baik. Jika status mereka 'High Risk' , maka jangan benarkan masuk. Mereka perlu update terlebih dahulu status kesejahteraan mereka untuk pastikan mereka di status 'Low Risk'. Kalau mereka tipu dalam menjawab soalan tu, nahh.. mereka perlu dihukum seberat beratnya ! 

Tak guna la sekadar guna MySejahtera untuk scan masuk je.. Pastu tembak dahi. Done ! Hurmm.. Nak lagi syok , si penembak tunjuk 'hasil' tembakan pada kita. Er... untuk apa ? Untuk pengetahuan kita ? Hurm.. Aku cadangkan kita semua perlu ada termometer sendiri.  Bawalah bersama dalam beg tu. Bukan berat pun. Maka boleh check suhu diri masing masing setiap masa. Tak perlu tunggu 'kena tembak' Tembak je diri sendiri haa.. 

Point aku... mintak betulkan part MySejahtera tu. Pastikan setiap orang yang nak masuk tu , tunjuk MySejatera masing masing.. Kalau diorang tak da, suruh download.. Kalau intenet slow , guna WIFI.  Bukan apa.. ini untuk kebaikan bersama. =Bayangkan jika salah seorang pelanggan korang tu , positif  Covid 19 dan diorang masuk ke dalam premis tu... tak ke kena kuarantin berbelas hari ? Sapa rugi ? Dan semua tak pasal pasal kena gi swap test ! Adoiiii.. tak ke buang masa semua tu ? Benda mudah ada .. kenapa nak susahkan ?Kan ? 


You May Also Like

3 comments

  1. Masih banyak premis ambil mudah perkara ni. Berapa kali Haida pegi diaorg nampak kita scan mySejahtera je terus susuh masuk. Macam tak ada fungsi pulak.

    BalasPadam
  2. Masih banyak premis ambil mudah perkara ni. Berapa kali Haida pegi diaorg nampak kita scan mySejahtera je terus susuh masuk. Macam tak ada fungsi pulak.

    BalasPadam
  3. Masih banyak premis ambil mudah perkara ni. Berapa kali Haida pegi diaorg nampak kita scan mySejahtera je terus susuh masuk. Macam tak ada fungsi pulak.

    BalasPadam