Sekali kena smash dengan Qhaliff ! Tepat kena dahi.. koma !

by - Selasa, Ogos 25, 2020


Seluar sukan ketat jenama Adidas yang aku beli kat Al Ikhsan ni , aku nak guna untuk hiking.. kononnya. Pakai dua lapis la. Takut pacat masuk dalam ! Hahahah.. dia punya trauma tu.. sampai ke hari ni. Heee..

Entah kenapa , ari tu aku gatal nak pakai keluar berlari dengan anak anak.. Berlari tu tak la sangat tapi banyakkan berjalan. Saja nak pakai. Camana feel pakai keluar malam malam. Hahaha.. Aku tengok meriah je orang pakai kan ? Heee.. Tapi masa aku pakai tu, orang tak ramai la... Sebab malam Isnin. Orang dah mood nak tidur awal sebab esok kerja. 

Sepanjang berjalan tu.. aku dok dengar Qhaliff bercakap ngan mak dia. Hurm.. budak ni mesti mengumpat aku punya ! Boleh agak sebab bila aku pandang dia , dia gelak. Hurmm... tau dah apa butiran umpatan diorang tu. 

" Daddy, tak malu ke pakai seluar ketat tu ? " tanya Qhaliff.. 

Tau dah !! Huhh...

" Eh.. ni kan seluar sukan ? Tengok diorang tu pakai.. ok je kan ? Tengok dalam Instagram ni. Orang sado pakai.. Ni kan seluar sukan.. " jawab aku. 

" Alaa.. diorang sado. Daddy tak sado pun.. ". katanya lagi pastu gelak. 

Aku cam.. tak sabar nak sunatkan dia ni !  Tapi yelah.. memang segan la pakai seluar ketat ni. ! Hahaha.. Pakai malam je la duk umah.. Huhuh.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Qhaliff semakin meniti usia kanak-kanak dan pemikirannyanya setara remaja..fuhh.

    BalasPadam
  2. Maq pun kerap kena tegur dengan anak anak dulu dulu. Sekarang diaorg dah duduk asing asing, rindu pulak yg datang menegur dihati, hehhhe. Besar dah Qhalif, sikit hari lagi dah jadi bff daddy pulak.

    BalasPadam