Aku tak guna deodrant dah untuk hilangkan bau ketiak. Ini caranya yang selamat.

by - Isnin, September 18, 2023

Masalah bau ketiak ni , aku rasa ramai hadapinya. Guna deodrant memang berkesan tapi aku dah henti gunakan deodrant ni ada beberapa sebab. Aku tak nak cerita apa sebabnya. Takda bukti kukuh secara saintifik tapi kalau korang rajin google dan cari fakta , inshaAllah akan jumpa beberapa artikal mengenainya. 

Selepas henti guna deodrant , aku cuba guna beberapa kaedah yang lebih natural tapi kesannya tak lama.Namun ada la juga perubahan sedikit. Bukan takda. Cuma kekadang tu terlupa nak guna. Dan satu lagi masalah ialah bukan berpunca dari badan kita tapi baju yang kita sarung tu. Material kain tu yang tak sesuai dengan badan kita terutama yang mudah berpeluh atau kerap berpeluh bila bersukan. Tak lupa juga bab pemakanan harian kita yang memberikan kesan juga. 

Terbaru , aku tertonton satu video di Tik Tok. Orang ni , aku rasakan berbangsa Jepun berkongsi cara turun temurun dia hilangkan bau ketiak. Mudah dan senang nak praktikan setiap hari. Bahan yang diperlukan cumalah satu beg teh hilau dan tisu. Rendam setika teh hijau tu dan letakkan atas tisu. Lipat pastu letakkan di celah ketiak selama 15 minit. Part ni je la kena sabar sikit. Tunggu je la sampai sedikit kering. Heee.. 


 

Bila dah siap.. try bau tisu tu ! Hahahaha... Pergh....Tapi buatlah sebelum mulakan aktiviti harian. InshaAllah berbaloi... Cuma itulah.. kos teh hijau tu yang sedikit terbeban. Kena cari yang murah atau tanyalah kawan atau jiran yang dah tak nak guna teh hijau...dah expired maksud aku. Hahahah.. Maklumlah , teh hijau ni payah orang nak amalkan minum setiap hari. Seminggu sekali pun payah. Tak sedap tapi sebenarnya banyak manfaat untuk tubuh badan kita ! 

You May Also Like

1 comments