Apa jadi bila kita cut gula ?

by - Ahad, September 24, 2023

Kelmarin , aku ke gym tempat aku membesar. Di sana , ada sorang kawan yang dah lama aku kenal. Terkejut aku tengok dia. Dulu badannya berisi. Lebih 100kg ! Tapi sekarang dah 70 lebih kg. Memang tampak lebih kacak berbanding sebelum ni. Malah lebih sihat. Dia sendiri akui dia sekarang lebih cergas sebelum ni. 

Tips yang dia guna , mudah jer. Calorie Defisit.  Tak susah pun. Sama macam tips yang aku guna. Memang sebelum ni aku jumpa dia pun aku cadangkan dia buat macam aku buat. Tak guna nak buat badan besar besar. Banyak kos nak bela badan ni. Lagi pun nak besar besar, kau nak gi mana ? Lain la nak masuk strong man atau pikul kayu balak ! 

Menurutnya, dia cut gula. Tiada lagi minuman manis. Nasi pun dia cuma amik seminggu sekali. Tu pun bila teringin atau badan terasa lesu. Selebihnya , dia banyakkan pengambilan protein dan fiber. Karbo tetap ada tapi bukanlah nasi putih. 

Gitulah... 

Dan benarlah.. kalau korang nak rasa badan sihat dan bertenaga... apa saja yang manis , tinggi karbo, korang kena tolak tepi. Apatah lagi makanan segera dan berproses. Semua tu bukan saja takda khasiat malah memberi impak negatif pada masa panjang. Hanya menanti masa saja. Seperti aku.. dah lalui ! Bila jatuh sakit , ambil masa nak sembuh.

Ini kesan baik bila kita cut gula. Cubalah kalau tak percaya. Jangan tunggu kaki kena potong baru nak cuba..














Semoga bermanfaat ! Jangan tunggu. Mulakan dari sekarang.... Kalau korang ada masalah nak cut gula, cuba cari minuman alternatif. Macam aku buat, aku guna halia jer setiap hari. Memang tak kisah dah bab manis ke tak. Kalau dulu, memang gigil gak la... Huhu.. 














 

You May Also Like

0 comments