Jauhi makanan ini jika anda ada masalah angin !

by - Selasa, September 12, 2023

Beras makin mahal. Nasib baik di rumah aku, kami anak beranak ni jarang nak makan banyak nasi. Setiap kali masak nasi , mesti tak abis. Kalau masak sikit , tak cukup lak. Bila masak banyak , takda lak nak abiskan. Aku , memang dah tak sentuh nasi putih. Sebelum ni, memang aku la yang dok baham je nasi tu kalau tak abis. Sebab tu aku boroi ! Huhuh... Salah sendiri. 

Baru baru ni, ada setengah periuk nasi tak abis. Sayang sungguh la. Aku cakap kat wife simpan dalam peti ais pastu buat nasi goreng esok pagi. Dia kata memang dia dah simpan . Bagus sebenarnya nasi yang disejukkan ni tapi tak bagus untuk mereka yang ada masalah perut ! Ni yang aku terlupa sangat. 

Kesannya ? Tengahari tu wife telefon aku. Katanya pinggang dia sakit. Perut terasa sebu macam kena gastrik. Aku punya dok pikir kenapa dan apa puncanya ? Apa yang dia langgar pantang larang sehari dua ni. Setahu aku , dia dok minum air teh ais je bila ke mamak. Memang aku tak kasi sangat tapi dah dia kata teringin dan nak minum sikit je , aku kasi je la..

Akhirnya terjawab..Nasi tu ! Adeh... nasib baik aku tak makan sama walaupun dipaksa dia dengan mengatakan aku tak sudi makan masakan dia. Aku berkeras tak nak sebab aku dah bedal sushi sehari sebelum tu. Maka aku tak nak amik makanan tinggi karbo dah dalam seminggu. 


Aku amik dia di pejabat dan bawa balik di rumah. Pengalaman lalu jadi iguan. Aku kena pantas. Berikan air halia dua kali. Kemudian ke farmasi dapatkan ubat gastrik. Kalau gi klinik pun, dia akan kasi ubat gitu gak dan lebih mahal sebab charge konsultansi. Huhuh.. 

Aku disyorkan 2 jenis ubat. Satu gastrik dan satu lagi probiotik. Yang probiotik tu kena amik selepas makan manakala gastrik tu sebelum makan. Harga kedua dua tu dalam RM40 jer. Makin mahal ubat ubatan sekarang. 

Terus balik lepas beli ubat. Sampai rumah , Qhaliff cakap ibu muntah 2 kali. Aku ke bilik. Wife cakap rasa lega sangat. Abis keluar semua makanan tadi. Aku bagi dia probiotik tu. Buat dalam bentuk cecair. Dia minum. Katanya lepas muntah tu , barulah rasa perut sedap. Terbaring kelegaan dia. 

Alhamdulillah.. Risau membawa berhari hari jer. Nasib baik pantas. Aku pulak, kena sehari sebelum tu gara gara gi minum protein bersumberkan dari soya. Memang tak boleh perut aku. Kembung lain macam pastu. Terus bantai minum air Halia#1 dua tiga kali. Angin keluar banyak. Aku terus gi bersenam berlari bagai..Baru perut rasa lega sangat. 

Kalau kena angin... banyakkan bersenam. Bukan baring ! 

You May Also Like

0 comments