Nasihat Dr.Redza bila anak kecil kita demam dan tips turunkan suhu.

by - Jumaat, September 15, 2023

Alhamdulillah... aku sekeluarga baru saja pulih dari demam batuk yang agak berpanjangan. Bermula dari Aariz dan akhiri dengan Qhaliff. Suhu badan masing masing dalam 37 macam tu. Siang ok tapi menjelang petang , mula terasa dedar. Bila check suhu , dalam 36+ tapi bila pegang badan dan kaki, terasa panas.Dalam sekeluarga , cuma Aariz saja positif Influenza. Tak tau la aku punya termometer tu problem atau mereka sekadar dedar. Tapi aku tak nak amik ringan... tetap pergi ke doktor untuk dapatkan rawatan lanjut. Penting untuk periksa paru paru mereka untuk mengelakkan kejadian lepas berulang. 

Tugas menjaga anak anak , bergilir gilir. Risikonya ialah kami laki bini berpotensi untuk dijangkiti dan merisaukan aku ialah bila wife yang jatuh sakit. Dia kalau sakit , memang akan lembik abis. Kalau dia 'down' , maka tugas aku akan berganda. 

Setiap malam , memang akan letak semangkuk air dan diletakkan potongan lemon di dalamnya. Kalau boleh mandikan diorang dengan campuran jus lemon pun bagus.  Lemon, bukan sahaja kaya Vitamin C, tetapi juga kaya manfaat sebagai ‘NaturalSupplement’ dan juga sebagai remedi semulajadi.

Baru baru ni , ada la aku ternampak posting anak rakan di Facebook demam. Dia letakkan kain di kepala anak kecilnya. Aku nak tegur tapi aku bukanlah pakar perubatan. Dan tadi , aku ternampak ada posting dari Dr Redza yang bermanfaat untuk aku kongsikan bersama kalian... 








Ini beberapa tips yang aku dapat dari media sosial ( Viral Johor ). Mungkin boleh cuba guna selain dari ubat doktor.
 
Rendam sarung kaki (stokin) 
Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah seidikit.Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

Hirisan Lemon 
Hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal. Spray kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. InshaAllah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.
 

You May Also Like

1 comments