Jangan biarkan anak anak stress di usia muda !

by - Ahad, September 24, 2023

Aku suruh anak anak aku masuk kelas malam secara online demi masa hadapan mereka walaupun mereka kata baru jer lepas sekolah pagi/petang tadi. Bukan apa.. setiap kali balik sekolah, aku akan tanya anak anak apa yang mereka belajar hari ini. Jawapan yang aku terima, kekadang buat aku terfikir... cukupkah apa yang mereka belajar di sekolah tadi ? Sebenarnya kasihan pada mereka dan guru guru yang sama sama terbeban. Terkejar kejar demi mendapatkan yang terbaik.

Anak anak zaman ni tak sama di zaman aku yakni 80an. Mereka lebih ke hadapan dan banyak nak kena kejar. Aku pun tak tau la apa yang nak dikejarnya. Atas alasan kononnya tak nak ketinggalan. Nak tertinggal apa pun aku tak tau la. Yang aku nampak, budak budak sekarang stress dalam diam.  Cuma tak terluah jer dek kerana belum bijak nak meluahkan. 

Maka aku tak nak la tekan mereka. Belajar je la demi mendapatkan keberkatan ilmu. Moga mereka bijak berfikir untuk tidak tertipu dengan manusia manusia durjana yang ingin mempergunakan mereka. Tak kira la mereka tu terdiri dari orang atasan atau bawahan. Kena ada ilmu dan juga reti menggunakan otak. 

Aku kata pada anak anak. Masuk dan belajar je semampu kamu. Tak perlu nak stress nak dapatkan A. Belajarlah untuk keberkatan kehidupan. Setiap apa yang cikgu ajar tu, ada kebaikan. Mereka mengajar berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka. 

Kalau boleh, cikgu cikgu tu pun tidur jer. Bukan duit yang mereka kejar tapi mereka tahu, anak anak bangsa mereka di zaman ini dahagakan ilmu. Jika bukan kerana itu, baik tidur jer ! Mereka pun penat. Banyak lagi nak difikirkan tapi mengenangkan tanggungjawab yang dipikul mereka itu amatlah berat , maka mereka kuatkan diri dan terus mengorbankan masa dan tenaga mereka walaupun secara online. Ingat , nak ajar bukan mudah terutama secara online ni. 

Alhamdulillah... dapat sedikit pun dah memadai dari tidak ada apa apa. Dari malam hari dihabiskan dengan tidur... baik carik ilmu. Bab duit , biarlah mak ayah yang fikirkan.. 




*TUISYEN ONLINE SEPTEMBER SESI AKADEMIK 2023/2024*
Terbuka untuk tahun 3 - tahun 6

*Pendaftaran :*

*ReLY Support Team :*



You May Also Like

1 comments

  1. Hidup anak anak zaman sekarang tak macam. Zaman murid lahir tahun 80an. Nak masuk darjah 1 pun kena mahir membaca mengira jika tak, pasti keciciran. Yang mula sekolah masa zaman covid pun tercifir banyak

    BalasPadam