Seluar dari size 40 , turun ke 30 !

by - Jumaat, September 08, 2023



Gambar pertama tu, seluar Aprillia bersaiz 36 ni ketat ketika aku memakainya..satu  tika dulu ! Di bahagian peha tu memang ketat molek laa ! Kalau pakai nak gi travel, memang payah. Kenapa ? Nak solat jadi sendat ! Hahahaa.. maka boleh pakai ketika berjalan jalan seketika jer. 

Saiz seluar aku ketika tu, ialah 38 ! Dan sedang naik ke 40 ! Aku pelik.. serius pelik ! Kenapa boleh jadi macam tu sedangkan , setiap hari aku ke gym dan aku jaga makan. Hahahaha.. Jaga makan ? Aiseyman.. Part ni yang ramai dok laungkan tapi ternyata ramai silap cara.  Macam aku laaa..

Jadi bagaimana nak buat macam aku buat tu ? Sesungguhnya mudah cuma memerlukan kesungguhan dan konsisten dari kita saja. Hasilnya , memang menakjubkan. Bukan saja mampu hilangkan lemak di bahagian perut dan pinggang malah terasa badan lebih sihat dan segar ! 

Apakah tak perlu makan nasi putih ? Fuh... mampu ke ? Berapa lama ? Hahahaha.. Aku berjaya buat beratus hari tanpa makan nasi putih dan ianya memang berbaloi. Bukan saja lemak perut hilang tapi inflmasi pada badan aku pun ghaib ! Alhamdulillah..

Tapi aku percaya , ramai tak mampu buat macam aku buat. Bukanlah tak boleh tapi mengambil masa. Yer, aku dulu pun macam tu gak..Namun aku berjaya juga lakukan kerana aku tak larat nak sakit dan hampir nak bertambah penyakit dalam aku tak sedar ! 


Punya la susah nak turun , akhirnya berjaya juga ! 


Camana nak buat ? 

Segalanya bermula dari dapur. Mudah jer... Pertama sekali ,gi dapur. Tengok apa yang ada di dapur. Segala makanan proses seperti biskut , jajan... Jangan lagi makan ! Kemudian , makanan yang tinggi gula seperti chocolate ( kecuali dark choc ) , makanan segera macam Megi serta minuman seperti air gas , air bergula , jus sebagainya , jauhkan dari mata. Biarkan la hingga expired. Nak buang , korang mesti kata rugi. Jadi tengok je la yer. 

Jika korang berjaya lawan godaan di dapur , maka langkah kedua.. pastikan hanya makanan yang sebenarnya makanan perlu ada di dapur. Nasi putih ? Boleh makan cuma amiklah dalam kuantiti yang kecil seperti dua suap gitu setiap kali makan. 

Sikitnya ? Haa... telanlah seperiuk terus ! Tak yah dah baca entri ni. Teruskan membela lemak lemak tersebut. Semoga berbahagia ! 

Hak.. ok sambung. Aku lewatkan sarapan pagi . Makan selepas workout. Di pagi hari, selepas aku selesaikan urusan aku sebagai seorang suami dan ayah, aku bersenam dulu. Selepas bersenam, barulah aku makan makanan yang tinggi protein seperti telur dan sayur. 

Ini bermakna, aku guna dulu tenaga yang sedia ada dan juga membakar lemak lemak yang aku simpan berpuluh tahun lamanya. Bukan senang nak bakar lemak lemak tu. Mengambil masa berbulan bulan lamanya ! Jika kena caranya.. lebih cepat ! 

Yang ketiga... jangan makan lewat malam ! Paling lewat pun jam 8 malam. Tu sesuai untuk mereka yang berpuasa. Dan kalau boleh, janganlah amik nasi ketika ni. Bukan apa.. lepas korang makan nasi, mesti mengantuk kan ? Atau makanan yang tinggi karbohidrat... lain la  kalau nak ke gym pastu atau gi bersukan macam main futsal atau badminton. Kalau sekadar duduk rumah ???? Pergh.. sia sia jer bersenam pagi tadi. 

Kelebihan bila jaga diet pemakanan ? 

Dulu aku fokus pada senaman. Rupanya aku silap Sepatutnya fokus pada perut ! Kau jaga perut, inshAllah semua terjaga ! Kalau tak jaga perut , pelbagai penyakit akan singgah ! Bermula dari kembung perut , angin , pedih ulu hati pastu sakit kepala.. mudah migrain ! Bila yang kecil kecil dah membiak... bersedialah untuk gastrik , gerd , diabetis , buah pinggang , tekanan darah tinggi , jantung dan .. hurm... kanser ! Allahuakhbar... moga dijauhkan ! 

Aku ubah ! Tahun ni aku berjaya ubah selepas wife aku kena gastrik yang teruk. Dari situ aku banyak mengkaji dan dapati segalanya bermula dari tabiat pemakanan tidak sihat kami sekeluarga terutama ketika PKP lepas ! Maklumlah, duduk rumah jer... dua tahun kot ! Pergh... 




Kalau dapat berpuasa 2 kali seminggu , lagi cantik .Pastu banyakkan makan makanan tinggi protein dan fiber. Teringin nak makan makanan sedap ? Boleh jer... tapi pastikan dalam makanan tu tiada makanan yang boleh merosakkan badan korang . Maka sebelum nak makan... tanya dulu diri , " Berbaloi tak aku nak makan ni ? Kalau sekadar nak rasa sedap atau teringin tapi takda manfaat pada badan dan diri aku , mengapa perlu aku makan ? "

Satu perkara kena tahu... kesihatan di zaman ni mahal sangat ! Gi klinik demam batuk pun dah cecah RM60-70 ! Tu pun doktor tanya satu dua soalan tapi ada sentuhan rapi.. sekadar amik tekanan darah dan juga suhu ! Adeh.. 



 

You May Also Like

4 comments

  1. wuu semoga terus konsinsten bang ben

    BalasPadam
  2. Terbaek ben.banyak betul turun berat

    BalasPadam
  3. Saya suka entri ni! Tahniahhh abang Ben! Memang kalau tak makan nasi Dan benda Manis, laju je kesannyaa.. Huhu

    BalasPadam