Boleh ke bersahur tak makan nasi ?

by - Rabu, Mac 13, 2024


Aku rasa semakin ramai yang tak makan nasi ketika sahur. Banyak manfaatnya kalau tak makan nasi ketika bersahur ni. Antaranya paling mudah.. tak mengantuk ! Tak caya, cubalah. Kemudian dari sudut kesihatan pun banyak manfaatnya. Cubalah cari di Internet. Makin ramai pakar mengesyorkan bab ni. Jangan amik makanan tinggi karbohidrat semasa bersahur dan juga berbuka. Haa... kalau tau faktanya , memang akan WOW ! 

Abis tu nak makan apa ? Hari ni masuk hari ke dua berpuasa. Sang isteri tercinta goreng udang kunyit untuk Aariz. Ada telur dadar dan telur rebus. Nasi sedikit jer. Itu khas untuk anak anak. Manakala aku dan wife sekadar makan telur rebus dan kurma. Air , ada air halia dan air garam Celtic. 

Aktiviti ? Bawa anak anak berjemaah di surau. Pastu hantar mereka ke sekolah. Brisk walk dan jemur pakaian. Pastu update blog dan buat sedikit kerja sebelum ke gym. Pastu urusankan anak anak kembali sebelum petang menjelma. Jam 3 petang , ke gym. Aku latih Qhaliff dan Zahra lak. Ringan ringan jer. Asalkan mereka bergerak dan kuatkan otot. Kasi berpeluh.






Berbuka.. aku masih hidup tanpa nasi putih ! Mulakan dengan kurma , pastu minum sedikit air halia. Baru makan sayur sayuran dan buah buahan di susuli dengan protein. Cukup dah. Alhamdulillah. Kalau lapar lagi , aku minum whey protein. Memang akan sendat sedikit perut pastu tapi sekejap je. Lepas solat , ok dah pastu. 

Apa manfaatnya bila cut nasi putih ni ? Fuh... banyak sangat ! Aku sebenarnya dah cut benda benda ni dari tahun lepas dan nasi putih adalah yang terakhir. Aku mulakan dengan gula putih tapi masih terasa badan tak sihat . Aku stop makanan ultra proses seperti makanan segera. Terasa sedikit perubahan. Bila aku stop nasi putih , memang terasa lain dah sangat. Berat badan pun dapat bacaan yang sepatutnya dan yang paling penting , sistem pertahanan diri lebih baik dari sebelum sebelum ni. Kalau dulu bangun pagi pun dah terhoyong hayang dan rasa blur tapi sekarang, bangun je terus buat push up dan sit up ! Heeee... 

Dan aku rasa.. semakin ramai ikut cara ni dan ternyata memberi kebaikan buat mereka ! Ok... nak gi gym dah ! 






 

You May Also Like

1 comments

  1. dah lama tak bersahur dengan nasi sebab tak lalu telan. tapi semalam teringin nak makan nasi lemak. harini continue balik tak makan nasi. anak-anak pun sama tak makan nasi time sahur.

    BalasPadam